PETALING
JAYA 1 Mac: Pendedahan mengenai surat ditulis bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel, membuktikan
sikap kepura-puraan beliau selama ini, kata Setiausaha Agung KEADILAN,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Ini
kerana pada masa yang sama, kata Saifuddin, Dr Mahathir dan perdana
menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Razak menjalinkan hubungan
berterusan dengan Israel.
“Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam
suratnya kepada Yitzhak Rabin,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari
ini.
Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, Mahathir
menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel ‘pada masa
sesuai’ di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian
damai.
Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini
mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya
mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih
rakyat Palestin.
“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” katanya.
Jelas beliau, sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran
Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan
dengan bayaran RM77 juta setahun.
“Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua
Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel,” katanya.
Sementara
itu, Harakahdaily hari ini melaporkan kerajaan Malaysia menjalinkan
hubungan dagang dengan Israel sejak 2001, atau lebih awal dari itu.
Pada 2001 sahaja, Malaysia dikatakan mengimport USD615.924 juta
(RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65
juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua
negara meningkat dari tahun ke tahun.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27586
No comments:
Post a Comment