Monday, April 14, 2008

YB Shuhai Shafiei Bersama Rakyat

Sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihanraya ke-12 pada pukul 4.30 pagi 09/04/08 (selama 7 jam SPR sengaja menangguhkan pemngumuman keputusan rasmi); YB Shuhaimi tidak pernah berpeluk tubuh untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi mewakili penduduk daripada Sri Muda.

Ini hanya merupakan salah satu aduan yang perlu ditangan segera kerana kepingan bumbung Apartmen Azora, Sri Muda sedang jatuh satu demi satu pada bila-bila masa. Lantaran itu, semua penghuni di sini sedang diancam keselamatan yang boleh membawa maut jika dihentak oleh keping bumbung apartmen ini.

Masalah ini telah dibawa ke perhatian pemaju apartmen, Wakil Rakyat Barisan Nasional (sebelum pilihanraya), Majlis bandaraya Shah Alam dan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional; namun dukacitanya semua rintihan rakyat bagaikan Batu Jatuh Dalam Lubuk.

Sebaik saja YB Shuhaimi dimaklumkan perkara ini, beliau telah beberapa kali turun padang meninjau sendiri keadaan apartmen ini. Memang sah, aduan penghuni partmen ini berasas; dengan itu beliau telah menjemput Bato Bandar Bandaraya Shah Alam bersama membuat lawatan rasmi ke situ sebanyak 2 kali.

Perkara ini masih dalam proses desakan kerana keengkaran pemaju duduk berunding dalam meja bulat sebelum sebarang tragedi maut menimpa penduduk di situ. Namun begitu, sungguhpun perkara ini adalah beban peninggalan pentadbiran pincang Barisan Nasional, tetapi usaha-usaha sedang dijalankan untuk mana-mana yang bertanggungjawab memperbaiki masalah ini segera.

Gambar-gambar berikut adalah:

Dato Bandar Shah Alam sedang memberikan sedikit penjelasan kepada penduduk apartmen atas tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam.



Dari kiri ke kanan: Sdr. Azmizam (Ketua Angkatanmuda Muda DUN); Dato Bandar Shah Alam; YB Shuhaimi sedang mendengar aduan salah seorang penduduk apartmen ini bahawa masalah ini sudah berlarutan beberapa tahun lama.


Dato Bandar sedang membincangkan sesuatu dengan pegawai MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) untuk membersihkan semua sampah-sarap dalam tempoh 2-3 hari.



Naib Ketua Jawatakuasa DUN Sdr. Anthony Das (kanan) sedang menyoal wakil pemaju (bertali leher) yang berpangkat General Manager akan tanggungjawab pemaju merangkap syairkat pengurusan apartmen ini. Malangnya, tidak ada jawapan yang diberikan (beliau hanya membisu).



Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi Sri Muda 3 Sdr. Puspa (dari kiri ke-2) turut membantu mendesak wakil pemaju (bertali leher), dukacitanya beliau juga membisu.


Nabi Ketua Jawatankuasa DUN Sri Muda Sdr. Shaari & Sdr. Puspa (ke-4 & ke-3 dari kanan) sedang menyoal wakil pemaju mernagkap pengurus bangunan (pertama & ke-3 dari kiri) mengapa sampah-sarap tidak dibersihkan.


Selain daripada apartmen Azora, rombongan ini juga menziarahi tapak pembinaan pasar baru Sri Muda atas aduan masalah kebersihan dan kesihatan.


2 comments:

Unknown said...

Tuan,
One of good move to publish and equip N50 people's on your movement,information and service within your N50 area.

However, photo's sometime could not explain clearly what is all about to some people. They might getting wrong understanding or unclear scenario.

Thus, you shall put some simple and short sentence/word on every photo's upload here so that people simply will get the message clearly.

Thank you.

Sahabat Tuan,
@ Latania.

kuasarakyat said...

YB,

I totally agree with cik rohaya...a short setences will do.......


Regards
Ananda Duo