Monday, April 14, 2008

YB Berterima Kasih Kepada Rakyat

Ini hanya merupakan salah satu program YB turun padang mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada beliau menjadi Wakil Rakyat di DUN Sri Muda.

Majlis jamuan sambil menemu rakyat ini dianjurkan oleh Jawatankuasa DUN Bandar Puteri. Sokong dan kerjasama padu di antara semua kepimpinan Pakatan Rakyat jelas terpahat dengan kehadiran semua pemimpin utama komponen Pakatan Rakyat.

Di antara yang memeriahkan majlis ini selain daripada Tuan Rumah YB Shuhaimi Shafiei, mereka termasuklah:

ADUN Sri Andalas mernagkap EXCO YB Dr. Xavier Jayakumar (PKR).
ADUN Pandamaran merangkap EXCO YB Ronnie Liu (DAP).
Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah (PAS).
ADUN Subang Jaya YB Hanna Yeoh (DAP)

Gambar-gambar berikut adalah:

Ucapan YB Shuhaimi Shafiei berterima kasih kepada semua penduduk Sri Muda khasnya dan Selangor amnya untuk menjayakan Pakatan Rakyat membentuk sebuha kerajaan Selangor baru.



Kehadiran ke majlis ini termasuklah: Sdr. Tan AK (Nabi Ketua J/K DUN Sri Muda); YB Ronnie Lie (EXCO); YB Dr. Xavier Jayakumar (EXCO); YB Dr. Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja); YB Hanna Yeoh (ADUN Subang Jaya) & YB Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda).


Wajah-wajah keriangan YB Dr. Siti Mariah, YB Hanna Yeoh dan YB Shuhaimi Shafiei dalam kajlis ini.



Penduduk Bandar Puteri yang hadir pada malam itu telah memeriahkan majlis dengan penuh kejayaan dan menjadi suatu kenangan manis dalam sejarah Bandar Puteri; kerana sebelum ini tidak ada EXCO @ Ahli Parlimen yang melawat taman ini.




No comments: