Keluhan Orang Sri Muda
Satu majlis penemuan antara penduduk Apartmen Azora Sri Muda dengan pengurus bangunan merangkap pemaju telah diadakan kerana bumbung bangunan bersebut sedang gugur / jatuh satu demi satu.
Oleh sikap pemaju melapaskan batuk di tangga, majlis dialog antara penghuni apartmen dengan pengurus bangunan tidak berbuahkan hasil kerana ada pihak yang kurang ikhlas.
Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda telah diminta hadir untuk memberikan kata-kata bantuan untuk bantu menyelesaikan masalah apartmen ini.
Sebaik sahaja menerima maklumat, Timbalan Ketua & Naib Ketua jawatankuasa DUN, Sdr. Kamarulzaman dan Sdr. Tan AK sambil diiringi oleh Ketua Jawatakuasa Daerah Mengundi Sri Muda 3 Sdr. Puspa telah bergegas di situ. Sambil tenangkan keadaan majlis dialog, telah dipersetujui wakil-wakil pemaju dan penduduk untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk meneruskan perbincangan lanjutan kerana terdapat salah satu isu apartmen ini sedang dalam proses pembicaraan mahkamah tinggi.
Sungguhpun masalah apartmen MUNGKIN menyentuh prosiding pembicaraan, akan tetapi masalah bumbung jatuh yang mengancam keselamatan perlu diperbaiki segera sebelum tragedi maut mungkin berlaku jika dihemtak kepingan bumbung.
Gambar-gambar berikut adalah:
Suasana majlis dialog yang dihadiri oleh ramai penduduk apartmen di pejabat pengurus bangunan di Sri Muda.
Sdr. Kamarulzaman dan Sdr. Puspa turut hadir untuk menghulurkan bantuan mencari jalan penyelesaian.
Sdr. Tan sedang memberikan kata-kata untuk tenangkan keadaan yang agak panas sebaik sahaja ketibaannya.
Beginilah keadaan bumbung yang sudah reput dan siling yang pecah. Reka-bentuk bangunan ini menyebabkan kepingan bumbung jatuh satu demi satu bila-bila masa.
Keadaan tong sampah yang tidak dibersihkan dan tempah mengumpul sampah yang kecil tidak sepadan dengan bilangan unit rumah yang ada.
Keadaan lorong masuk ke dalam apartmen yang berlopak dan lantai yang pecah merbahayakan kanak-kanak.
Bukti kepingan bumbung yang SUDAH jatuh dari atas menghentak ke bawah boleh mengakibat tragedi maut.
Antara seorang wakil pengurus bangunan dan pemaju (wanita kanan) yang melawat apartmen bersama Sdr. Kamarulzaman; namun tidak memberikan sebarang jawab positif.
Sdr. Kamarulzaman sedang meneliti keadaan bumbung yang memang kritikal bersama dengan penghuninya.
2 comments:
Assalamualaikum YB,
Hari ini semasa pulang dari kerja, sekali lagi kami penduduk Tmn Bukit Rimau terpaksa mengharungi air bah yg melimpah dari perparitan dikawasan roundabout. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk makluman YB. Saya yakin YB telah sedia dimaklumkan berkait perkara kecil ini, namun saya mewakili penduduk sekitar BR ingin juga tahu perkembangan dalam usaha menangani masaalah yg sering berulang ini.
Wassalam.
sabri.
Post a Comment