Umno/BN Selangor Dapat RM2.71 Bilion Bukan Rakyat – Zuraidah
Wednesday, 21 December 2011 | Ruangan: Berita
Oleh Mat Zahari Bin Ali
SHAH ALAM , 21 DISEMBER
: Dakwaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung
peruntukan RM2.71 bilion kepada pembangunan Selangor bukan untuk
membangunkan negeri tersebut sebaliknya diberikan kepada
pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk tujuan pilihanraya Umum (PRU) akan
datang.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah
Kamaruddin berkata wang peruntukan tersebut tidak diperuntukan kepada
kerajaan negeri tetapi bakal disalurkan kepada Umno/BN Selangor.
“Inilah antara penipuan demi penipuan
yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib yang cuba
mengabui mata rakyat berhubung penggunaan wang rakyat yang disalah guna
untuk kepentingan Umno/BN.
“Najib pernah berkata beliau akan
bermati-matian untuk merampas Selangor dengan apa cara sekali pun. Dan
wang rakyat sebanyak RM2.71 bilion ini adalah antara bukti dari
kata-kata beliau.” kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut Zuraidah, Tindakan Najib
memberikan dana kepada Umno/BN membuktikan lagi deretan penyelewengan
wang rakyat yang sewenang-wenangnya dilakukan tanpa bertanggungjawab.
“Budaya rasuah, sogokan, kronisme dan
salah guna kuasa dan pengurusan wang rakyat telah lama berlaku secara
berleluasa apa lagi di Selangor yang negeri paling kaya.
“Bekas Menteri Besar sebelum ini pun
kesnya masih di makhamah yang melibatkan jutaan ringgit, sebelum itu pun
menteri besarnya membawa wang tunai berjuta ringgit ke Australia.
“Skandal NFC pula menjelaskan lagi
bagaimana projek yang menggunakan wang rakyat berjuta-juta ringgit di
berikan kepada keluarga seorang menteri merangkap Ketua Wanita Umno.
“Begitu juga dengan peruntukan RM110
juta yang lesap dalam Kementerian Pertanian yang di ketuai oleh Timbalan
Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar. Sedangkan peruntukan tersebut
untuk diberikan subsidi kepada para pesawah.
“Jadi tak hairanlah wang rakyat yang
berjumlah RM2.71 bilion tersebut akan digunakan untuk memberi kelegaan
kepada pemimpin dan ahli-ahli Umno/BN di Selangor yang selama ini
‘kering kocek’ kerana ketiadaan sogokan wang.” ujar Zuraidah yang juga
Ketua Wanita PKR.
Ditanya samaada pemantauan akan
dilakukan berhubung wang peruntukan tersebut beliau berkata perkara
tersebut sedang dalam pertimbangan yang akan dibincangkan di peringkat
tertinggi Pakatan Rakyat.
“Tapi itulah, di negara kita ni kalau di buat repot dengan bukti-bukti pun tindakan tidak ke mana kerana Umno/BN berkuasa.
” Macam kes NFC, semua pendedahan dan bukti dah dibuat tapi setakat ini tidak ada apa-apa tindakan diambil.” katanya.
Dalam pada itu Zuraidah berkeyakinan
rakyat Selangor tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya yang
diamalkan oleh Umno/BN sejak sekian lama.
“Rakyat Selangor adalah pengundi bandar
dan separa bandar yang bijak dan boleh menilai prestasi kepimpinan Tan
Sri Khalid sebagai menteri besar.
“Saya nasihat kepada rakyat Selangor
supaya terus menolak Umno/BN dalam PRU akan datang sekiranya mahu
memastikan wang negara dan wang rakyat tidak disalah guna sebagaimana
RM2.71 bilion ini yang digunakan semata-mata untuk kepentingan pemimpin
Umno/BN.” ujar beliau lagi
No comments:
Post a Comment