Wednesday, March 2, 2016

Tidak tepat dakwa billboard Anwar hina mahkamah

Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 24 FEB: Tindakan Umno Selangor melabel pemasangan papan tanda (billboard) memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menghina keputusan mahkamah adalah tidak tepat.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, berkata Umno harus sedar Ketua Umum KEADILAN itu diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai tahanan politik.
shuhaimi isu lompat partiKatanya, ia selaras dengan Pendapat No 22/2015 Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UN Working Group on Arbitrary Detention) (UNWGAD) yang sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram dan melanggar undang undang.
“Penggunaan billboard itu dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), sementara logo parti menunjukkan pihak bertanggungjawab terhadap kempen mengajak rakyat menentang kezaliman dan menegak keadilan.
“Kerajaan Negeri melalui PBT juga tidak pernah menyekat billboard Umno-BN seperti yang ada di Sabak Bernam.
“Bahkan billboard dan iklan politik 1Azam berada di mana-mana di Selangor kerana kita percaya kepada kebebasan maklumat dan mempertahankan hak itu,” katanya kepada SelangorKini.
Terdahulu, Umno Selangor membuat laporan polis dengan mendakwa Selangor menghina keputusan mahkamah apabila melabel Anwar sebagai tahanan politik.
anwarKetua Penerangannya, Datuk Zein Isma Ismail juga mendakwa akhbar rasmi, SelangorKini digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu dan tidak sesuai diedarkan di masjid.
Shuhaimi berkata, Selangor Kini bukan bersifat partisan kerana semua pihak tanpa mengira diberi ruang hebahan sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri (ADN), Datuk Bandar, Pegawai Daerah dan sebagainya.
“Bukan satu kesalahan juga apabila ia diletakkan di lokasi tumpuan ramai kerana ia sememangnya menjadi akhbar pilihan rakyat.
“Saya sarankan Umno-BN carilah isu lain yang hendak disensasikan kerana rakyat tidak mudah tertipu dengan propaganda sebegini,” katanya.

S'gor pertahan papan iklan negeri papar wajah Anwar

Shakira Buang
Dikemaskini 
 
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafiei mempertahankan pemasangan beberapa papan iklan di negeri itu yang menggesa pembebasan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berikutan Umno menuduh kerajaan negeri menghina mahkamah kerana membenarkan pemasangan papan iklan tersebut.
Bagaimanapun, Shuhaimi bertegas bahawa tidak ada yang salah mengenai papan iklan menggesa kebebasan Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Februari tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan iwat - tuduhan yang didakwa oleh Anwar sebagai bermotifkan politik.
Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, berkata Anwar juga diiktiraf sebagai tahanan politik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Tidak ada isu berkaitan mencabar keputusan mahkamah, ianya suatu kempen membawa rakyat bersama dengan semangat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
“Penggunaan papan iklan adalah dengan kebenaran pihak berkuasa. Penggunaan logo parti adalah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut," kata Shuhaimi kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata Umno-BN tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor dalam hal itu.
Katanya, ini kerana kerajaan negeri Pakatan Harapan tidak pernah berbuat sedemikian kepada Umno-BN.
“Kerajaan negeri melalui PBT juga tidak pernah menyekat papan yanda anggota BN seperti yang ada di Sabak Bernam.
"Bahkan papan tanda dan iklan politik 1Azam berada di mana-mana di Selangor. Kerajaan negeri percaya kepada kebebasan maklumat dan mempertahankan hak itu," tegas Shuhaimi.
Exco Pergerakan Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah dilaporkan sebagai berkata tindakan tersebut bukan sahaja menghina mahkamah malah membazirlan wang rakyat.
Beliau dijangka akan membuat laporan polis berhubung papan iklan itu hari ini

RM64 juta pengecualian cukai taksiran bantu rakyat

Oleh: SYASYA SUFIAN
SUBANG JAYA, 1 MAC: Sebanyak RM64 juta pengecualian cukai taksiran diberikan Kerajaan Negeri di semua kediaman kos rendah di seluruh Selangor bagi membantu meringankan bebanan rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, berkata pengecualian itu diberi selama setahun sebagai tanda usaha dan keprihatinan kerajaan.
“Antara rumah menerima pengecualian ini rumah dibeli berharga RM42,000 dan ke bawah dari pemaju termasuk program Rumah Selangorku Jenis A.
Ean Yong Hian Wah“Makluman kepada orang ramai dasar ini dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam tempoh setahun bagi 2016 sahaja,” katanya sewaktu sidang media Pengecualian Perlaksanaan Cukai Taksiran bagi 2016 di kawasan pentadbiran MPSJ.
Katanya, sebelum ini beliau menerima beberapa aduan daripada penduduk yang masih menerima bill cukai taksiran.
“Penduduk tidak perlu risau kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan notis di beberapa kawasan terlibat mereka tidak perlu perjelaskan cukai itu.
“Begitu juga kepada fi lesen penjaja turut diberi pengecualian tetapi penjaja masih perlu membuat permohonan dan perbaharui lesen untuk berniaga,” katanya.
Majlis Perbandaraya Subang Jaya (MPSJ) turut melaksanakan dasar pengecualian tersebut di kawasan pentadbirannya bagi kategori rumah kos rendah dan rumah kampung.
Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid, berkata bagi rumah dan pangsapuri kos rendah terdapat 36,205 unit diberi pengecualian dengan jumlah cukai taksiran sebanyak RM5.4 juta.
“Manakala untuk rumah kampung sebanyak 6,200 unit dengan jumlah cukai taksiran sebanyak RM693,526.95.
“Bil cukai diterima penduduk sebelum ini kerana bil itu dicetak pada Disember 2015 dan dihantar kepada penduduk, walaubagaimanapun kita menggantung banner memaklumkan mengenai pengecualian ini tetapi penduduk masih perlu membayar cukai tunggakan bagi tahun-tahun lalu,” katanya.
EZY