|
Oleh Afeeqa Afeera -TVS
11/01/2012
290 View
11/01/2012
290 View

SHAH
ALAM, 11 JAN : Setiap aduan berkenaan masalah sampah yang dilaporkan ke
talian bebas tol 1800-88-2824 akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, talian bebas tol itu akan mula dikuatkuasakan pada 17 Januari depan dan beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.
"Selepas daripada pukul 6 petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa tetapi ia direkodkan. Pengadu hanya perlu memberitahu di mana lokasi, masa dan sebagainya.
"Saya juga ingin meminta pengadu atau orang awam untuk memberi maklumat spesifik (lengkap) di mana berlakunya masalah kutipan sampah selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula," jelasnya.
Masalah pungutan sampah dan sisa pepejal di Selangor menjadi isu hangat apabila penduduk mendakwa kegagalan kontraktor menjalankan tugas selepas kerajaan negeri melalui PBT mengambilalih kerja-kerja pembersihan di negeri ini daripada Alam Flora Sdn Bhd.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memaklumkan, perkhidmatan talian bebas tol akan membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mahupun cadangan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.
Beliau berkata, talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menurut Menteri Besar apabila pusat aduan ini beroperasi nanti, PBT akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima.
Jelasnya, dengan maklumat yang diperolehi, PBT akan menggunakan semua maklumat ini untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.
Langkah ini juga kata Menteri Besar, membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan perbuatan khianat terhadap urusan sampah di negeri ini.
Sementara itu, ketika ditanya tentang bantahan yang dikemukakan Persatuan Sisa Pepejal dan Pembersihan Hulu Langat (protem) bersama 70 kontraktor lain terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana menawarkan tender baharu kepada orang luar, Ronnie berkata, perkara itu perlu dilaksanakan mengikut proses tender.
Katanya, dakwaan kontraktor terbabit bahawa tindakan yang dilaksanakan MPKj itu adalah semata-mata mahu mengambil syarikat kroni dan parti politik tertentu dan mengetepikan peranan mereka dalam urusan pungutan sampah dan sebagainya juga adalah tidak benar.
"Semua kontraktor perlu mengikuti proses tender, supaya ia adil. Saya rasa mereka bimbang mereka tidak dapat menyertai proses tender. Bagaimanapun, tidak semestinya kontraktor yang menyertai proses tender akan diberikan kontrak.
Mereka perlu mengikuti beberapa kriteria dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri serta PBT. Satu sistem yang adil akan dilaksanakan," katanya.

Saya
percaya Hasan Ali (gambar kiri) adalah seorang yang istimewa. Saya
sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Hasan Ali
mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namun
saya juga mempercayai bahawa Hasan Ali, dengan sesungguhnya tanpa
ragu-ragu, mempercayai bahawa Hasan Ali sendiri terlebih-lebih
istimewa. Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan
dan gaya Hasan Ali sehingga kini, erutamanya apabila melihat isu
pertelagahan "dalam kain" antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS)
di Selangor.
Saya
menyeru agar Hasan Ali jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Hasan
Ali untuk menjadi Menteri Besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai
terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang
"untuk berjiwa besar" dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah
langkah Hasan Ali sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang?
Hasan Ali lebih mengerti dengan maksud "kura kura dalam perahu".
KUALA LUMPUR, 6 Jan:
PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak
polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun
ujarnya, maklumat berkaitan tempat berhimpun dan perkara teknikal lain
hanya akan dinyatakan pada sidang media khas jam 3.30 petang ini di Ibu
Pejabat PKR.
Seluruh
negara telah memberikan tumpuan kepada tarikh ini kerana ia dilihat
sebagai satu titik penting dalam pendefinisian hala tuju politik negara.
Berdasarkan
rekod-rekod lepas, jika mobilasasi rakyat dilakukan dengan bantuan PAS,
tidak mustahil untuk mencapai angka sasaran atau sekurang-kurangnya
menghampiri angka sasaran.
Rapat
dan ceramah umum dianjur oleh Pakatan tidak mampu untuk sampai ke
seluruh negara. Apatah lagi rakyat di kawasan pendalaman masih ramai
yang belum mempunyai kemudahan internet.
Pengalaman ini berlaku sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 – Najib minta penganjur perhimpunan tersebut untuk berhimpun di stadium.
Tidak
dapat dinafikan terdapat pengikut-pengikut setia Anwar yang digelar
“Anwarista”. Mereka ini seperti juga peminat-peminat setia kepada
penyanyi atau pelakon popular yang akan tetap setia kepada idola mereka.
Mereka ini hidup dan mati akan bersama Anwar.
Golongan
ini akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini
bukan dengan niat untuk menjadi calon pilihanraya dalam PRU akan datang
atau mengharapkan dilantik menjadi ahli majlis jika PKR menang.
KUALA LUMPUR, 6 Jan:
"Saya akan hadir," dan untuk ahli PAS pula, "terserah masing-masing,"
kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.