Saturday, January 7, 2012

Suhaimi : PKR Tak Jaga Tepi Kain PAS Tetapi Pertahan Maruah Parti

Post Pic
SHAH ALAM, 8 JAN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menegaskan ia bukan masuk campur dalam urusan PAS tetapi  tetap mahukan parti itu mengambil tindakan wajar terhadap  terhadap Datuk Dr Hasan Ali yang disifatkan celupar dan membawa agenda Umno.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafiei berkata tuntutan PKR itu tidak harus dilihat sebagai campur tangan dalamh kepentingan  PAS , tetapi membabitkan maruah PKR ekoran  tindakan Hasan membantah  perhimpunan Anwar 901 esok.

"Ini bukan soal masuk campur. Ini soal prinsip penghormatan. Ini soal penghormatan di antara rakan-rakan dalam Pakatan. Seharusnya mana-mana pihak mesti mempunyai satu disiplin yang tidak melukakan antara satu sama lain."

"Kalau nak menghentikan, maka sewajarnya pihak rakan-rakan….. memberi perhatian kepada apa yang disuarakan oleh Hasan Ali. Saya sendiripun ada mengeluarkan sedikit komentar atas apa yang diucapkan oleh Hasan Ali," katanya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini menyifatkan Hasan celupar dan menuntut PAS mengambil tindakan terhadap EXCO Kerajaan Negeri Selangor itu kerana menggesa orang ramai memulau perhimpunan itu. Azmin adalah juga Ketua PKR Selangor.

Dalam surat terbuka kepada Hasan semalam, Suhaimi menyifatkan bekas Pesuruhjaya Pas itu sebagai “masalah” kepada Pakatan Rakyat.

Hasan  mencetuskan kemelut baru untuk Pas apabila  menyifatkan perhimpunan Bebas Anwar 901  diadakan semata-mata untuk menyokong agenda peribadi Ketua Pembangkang itu  sempena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit tuduhan liwat yang dihadapi beliau.

Komen Hasan itu dilihat sebagi menongkah arus pembangkang dan Pas sendiri yang menyokong perhimpunan itu dan komited  untuk menyertainya.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub dan Ketua Pemuda parti itu Nasarudin Hassan Tantawi  senada menegaskan PKR tidak perlu masuk campur dalam urusan PAS.

Ketiga-tiga pemimpin itu yakin parti mereka akan bertindak mengikut perlembagaan dan tidak perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak.

Jawatankuasa Pas Pusat dijangka membincangkan isu terbaru Dr Hasan pada mesyuaratnya hari ini.

Suhaimi berkata desakan pemimpin  PKR mahukan tindakan diambil terhadap Hasan adalah "teguran  adik beradik saja. Kenapa nak ambil serius sangat?"

"Kita menerima semua pandangan dan teguran secara terbuka sepertimana kita juga menerima teguran orang lain. Ini adalah satu proses mematangkan parti, mematangkan Pakatan Rakyat,” kata beliau.    

No comments: