Monday, January 2, 2012

Lebih 80,000 Hadir Program Pengisian Ilmu Sambutan Tahun 2012Di Dataran Shah Alam.



SHAH ALAM, 1 JANAURI: Lebih 80,000 orang hadir ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang turut menggandingkan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya membawa pendekatan baharu dan berbeza pengisian ilmu malam tadi.



Difahamkan, jumlah ini jauh lebih hebat berbanding jumlah kehadiran ke program “Karnival Sayangi Selangor” dan sambutan malam tahun baharu anjuran Barisan Nasional di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Mengikut laporan-laporan di blog dan media sosial program yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengisi malam sambutan tahun baharu 2012 dengan pengisian ilmu dan bermanafaat memang dinanti oleh masyarakat.

Mereka juga menyatakan komen positif di atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha menangani gejala tidak sihat dalam sambutan tahun baharu.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan “kena dengan caranya”.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha, Dr Yaakob Sapari dan Shuhaimi Shafie serta Ahli Parlimen Shah Shah Alam, Khalid Samad.

Satu program lain yang juga menarik minat rakyat adalah di Pelabuhan Klang di hadiri oleh lebih 10000 orang peminat auto show, motosikal, vespa dan rakyat setempat. Hairan ya, kenapa tak ramai di I-City??


No comments: