Insiden UPSI: Safwan akan ambil tindakan mahkamah | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Muhammad
Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota
polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.
Peguam
kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd
Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah
terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat, lapor The Malaysian Insider.
“Safwan
mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit
sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia
sudah sedarkan diri.
“Sehubungan
itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis
dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara,
Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal
pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut
Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan
berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan
kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.
Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.
“Keadaan
Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti,
apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke
mahkamah,” katanya lagi.
|
No comments:
Post a Comment