Noh Omar Dicabar Tidak ‘Lidah Bercabang’ Cabar Selcat
Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM,3 JANUARI :
Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar digesa agar
tidak bersikap ‘lidah bercabang’ dalam mempersoalkan kedudukan
Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan
(Selcat) sedangkan pada masa yang sama pimpinan Umno dan Barisan
Nasional itu tidak mengiktiraf Selcat di sisi undang-undang.
Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim
yang dihubungi Selangor Kini berkata pendirian Noh Omar yang
mempersoalkan kes Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dilihat tidak
konsisten apabila mencabar Selcat ke mahkamah dengan alasan tidak
mengikut perlembagaan.
“Saya minta Noh Omar menyatakan
pendirian sebenarnya, jika Selcat itu sah, maka mengapa Umno mencabar
kedudukan Selcat di mahkamah, kalau dia cabar Selcat daripada segi
kedudukan undang-undang, maka mengapa Noh Omar amat mengharapkan Selcat
melaksanakan siasatan, apa pendiriannya yang sebenarnya pimpinan Umno
ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Noh Omar
mencabar Chang Kim untuk memperjelaskan situasi sebenar perjalanan kes
KSSB dalam jawatankuasa tersebut yang turut menuduh Chang Kim
mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyelesaikan kes yang melibatkan
pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).
“Berhubung siasatan terhadap Kumpulan
Semesta Sdn Bhd (KSSB), semasa kes itu ditangguhkan pada masa itu dalam
proses pendengaran telah pun dimaklumkan yang mana pendapat Selcat pada
masa itu tidak ada bukti-bukti rasuah .
“Dan sebenarnya, saksi-saksi yang perlu
hadir dalam kes ini telahpun menarik diri, justeru sebenarnya kes-kes
seperti ini bergantung kepada kerjasama pegawai kerajaan dan orang ramai
, kalau mereka tidak memberikan keterangan maka tidaklah dapat Selcat
membuat sebarang rumusan,” jelas Chang Kim.
Menurut Chang Kim lagi, Selcat yang
hanya dianggotai seramai tujuh anggota mempunyai bidang tugas dan kuasa
yang terhad berbanding agensi PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang boleh membuat serbuan dan tangkapan dalam siasatan
sesuatu kes.
“Selcat hanya boleh menyaman orang agar
datang kepada kita, namun jika kita mengkehendaki seseorang itu hadir
tetapi beliau sendiri tidak mahu hadir memberikan sebarang keterangan,
maka Selcat pun tidak mempunyai apa-apa kuasa lain.
“Orang Umno yang disaman untuk hadir
sendiripun tidak datang, seperti kes Khir Toyo dan isterinya yang tidak
mahu hadir . Jadi dalam keadaan orang Umno sendiri yang tidak mahu
memberikan kerjasama, maka bagaimana mahukan rumusan yang sempurna
daripada Selcat,” katanya.
Justeru, Chang Kim mencabar Noh Omar
agar membawa kes KSSB kepada SPRM jika yakin mempunyai asas dan bukti
rasuah kerana SPRM mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding Selcat.
“Seperti kes Khir Toyo dalam isu Balkis
yang mana Selcat sudah mengeluarkan keputusan, pihak kerajaan
persekutuan tidak membuat apa-apa tindakan.
“Jadi Noh Omar kena fahamlah yang mana
dia pun peguam dan menteri yang lama di Parlimen, jadi dia perlu tahu
bidang kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan bidang kuasa Parlimen,”
katanya.
No comments:
Post a Comment