Lagi Kesalahan BN : 20 Tahun Membanting Tulang Orang Lain Raih Untung
Oleh Sheridan Mahavera
KLANG 5 JANUARI : Usaha
gigih sekumpulan penduduk kampung di sini tidak ke mana apabila tanah
yang mereka teroka dan bercucuk tanam selama 20 tahun akhirnya
dipercayai diseleweng dan diberi kepada orang lain semasa pentadbiran
Barisan Nasional(BN) Selangor yang lalu.
Tanah seluas 157 ekar berhampiran Batu Tujuh, Jalan Kebun itu diusahakan 63 orang penduduk Kampung Jalan Kebun sejak tahun 1984.
Akan tetapi geran milik tanah tersebut
diberikan kepada individu-individu yang tidak kenali pada tahun 2002.
Ini berlaku walaupun penduduk kampung telah memohon hak milik tanah itu
18 tahun dulu.
Wakil kumpulan peneroka itu, Abdul Aziz
Rashid mendakwa lesen hak milik sementara (TOL) telah diberikan kepada
individu yang bukan penduduk kampung malahan bukan orang yang
mengusahakan tanah itu.
Tindakan tersebut menunjukkan bagaimana
pemimpin BN dengan sewenang-wenangnya mengurniakan tanah percuma kepada
kroni-kroni mereka, dakwanya.
Ketika ditemui seorang dari peneroka tanah itu, Haripin Tauhid, 49, menceritakan latarbelakang kawasan tersebut.
“Tanah ini dulu hutan terbakar dan
belukar. Kita pun tidak ada akitiviti dan kawasan ini tak maju, jalan
ini pun jalan mati. Sambil mengisi masa lapang, kita bercucuk tanam dan
kalau boleh, masa itu kita nak mohon supaya tanah ini diberikan hak
milik pada kita,” ceritanya.
Sementara itu, seorang lagi peneroka,
Manaf Pamar memberitahu mereka meneroka tanah ini di awal tahun 1980an
sehingga tahun 2000.
“Asal usul tanah ini memang hutan
terbakar jadi ramai-ramai penduduk mengerjakannya. Seorang satu ekar.
Tetapi akhirnya musnah, tak apa benda yang kita dapat,” kata Manaf yang
berharap dapat memperjuangkan kawasan yang diteroka dahulu.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata,
pada tahun 1984, bekas Adun mereka Datuk T M Thurai berjanji kepada
peneroka untuk memohon dan mendapatkan milik tanah itu.
Apabila usaha itu menemui jalan buntu,
penduduk kemudianya berjumpa dengan bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk
Salamon Selamat pada 1995 untuk meminta pertolongan tetapi tiada kata
putus.
Akhirnya, peneroka mengambil keputusan berjumpa dengan bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada tahun 2000.
“Saya pergi ke rumah Khir Toyo dan
tunggu hampir tiga jam dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan Khir Toyo
di rumah beliau dan saya memberi surat yang sama.
“Dia berjanji dan beritahu pada saya dan
rakan-rakan lain, Aziz sekiranya tanah ini tidak dimiliki mungkin akan
diluluskan kepada peneroka. Tetapi kalau ada pihak pihak lain mendakwa
dia mempunyai milik dia tidak akan meluluskan kepada individu.
“Kalau ada permohonan dia akan ambil tanah tersebut untuk dimajukan untuk buat perumahan.
“Bermakna seorang akan mendapat rumah pada harga yang berpatutan,” Abdul Aziz berkata.
Tetapi, permohonan mereka senyap dengan
begitu sahaja hingga dua tahun kemudian apabila Abdul Aziz didatangi
seorang individu yang bukan daripada kampung itu dan bukan seorang
peneroka.
“Saya terkejut. Macam mana orang yang tidak meneroka tanah yang tidak tahu lokasi tanah boleh dapat geran tanah dengan pelan.
“Di sini saya nampak ada satu
penyelewengan dan pemberian hak milik tanah. Itu saya nak kata. Di mana
kejujuran kepimpinan dahulu, kepimpinan barisan nasional khususnya yang
sepatutnya membela nasib rakyat,” Abdul Aziz berkata.
Menurut Abdul Aziz, pada masa sekarang
sebahagian daripada tanah tersebut telah di wartakan sebagai tanah
pertanian revolusi hijau bagi kawasan Johan Setia.
Difahamkan pemegang TOL yang bukan dari kumpulan peneroka tersebut telah menjual lesen mereka kepada pihak lain.
Abdul Aziz berharap pentadbiran Pakatan
Rakyat dapat mengambil perhatian terhadap masalah mereka. Beliau berkata
kumpulan peneroka itu sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil
tindakan undang-undang.
No comments:
Post a Comment