Wednesday, November 26, 2008

Lawatan Ke Pasar Pagi Taman Sri Muda

Lawatan dan tinjauan YB Shuhaimi ke pasar pagi Taman Sri Muda (27 nov 2008)

TAMAN SRI MUDA, YB.Shuhaimi Haji Safiei telah lakukan lawatan dan tinjauan ke Pasar pagi Taman Sri Muda untuk melihat sendiri pemasalahan dan kesulitan yang dihadapi oleh peniaga - peniaga serta pelanggan semenjak pasar pagi tersebut dipindahkan ke tapak sementara.

Lawatan YB Shuhaimi tersebut turut di sertai oleh Ketua - ketua JDM Sri Muda 1,2 dan 3 dan persatuan penjaja Sri Muda serta wakil pemaju.Dalam lawatan tersebut YB Shuhaimi telah meluangkan masa untuk mendengar keluahan para peniaga berkenaan dengan kesulitan mereka untuk menjalankan aktiviti perniagaan di tapak sementara.

Persatuan peniaga yang di wakili oleh setiausahanya Puan Haslina Binti Ghazali telah menggemukakan beberapa persoalan serta permintaan agar dapat di ambil perhatian serta tindakan seberapa segara daripada pihak YB.Antara yang perlu diambil tindakan segera adalah untuk membuka pagar yang menghalang laluan pejalan kaki yang menghubungkan pasar pagi dengan Plaza Sri Muda.Turut di timbulkan adalah agar dapat pihak MBSA membenarkan peniaga - peniaga pasar pagi membina tapak berniaga yang berbumbung kerana memandangkan faktor cuaca yang tidak menentu serta tempoh menduduki tapak sementara yang terlalu lama hampir 1 tahun 5 bulan.

Lawatan yang turut mendapat liputan dari beberapa akhbar tempatan dianggap berjaya meredakan kegelisahan dan kebimbangan para peniaga serta orang ramai. YB Shuhaimi telah menyatakan kesungguhan beliau untuk menbantu serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh para peniaga serta orang ramai dalam waktu yang terdekat ujar beliau.
Menyatakan kesungguhan untuk membantu segala permasalahan

Setiausaha persatuan penjaja Sri muda Puan Haslina (kiri) dan Zura wartawan Sinar Harian

YB.Shuhaimi bersama wartawan Sinar Harian,Makkal Osai,Tamil Nesan disidang media

Meninjau permasalahan bekalan elektrik Pangsapuri Blok 3J, Taman Sri Muda

Mendengar penjelasan daripada wakil syarikat penyelenggaraan



Melihat Sendiri dengan lebih dekat kerosakan pada kotak fuis

Taman Sri Muda ( 26 Nov ).Walaupun sibuk dengan tugasan Selaku Pembantu EXCO YB.Shuhaimi masih berkesempatan untuk bertemu dengan rakyat serta mendengar rintihan mereka.Pada 23 nov 2008, seluruh penghuni yang menduduki pangsapuri blok 3J telah mengalami terputus bekalan elektrik berpunca daripada kotak fuis utama yang terbakar.

Namun yang menimbulkan kemarahan penghuni adalah diatas kegagalan pihak yang menyelenggara pangsapuri tersebut mengambil masa yang terlalu lama sehingga tiga hari masih belum diperbaiki kerosakan tersebut.Diatas rasa tanggung jawab YB Shihaimi telah meluangkan masa hampir satu jam bertemu dan mendengar aduan penguni berkenaan kesulitan dan kerugian yang terpaksa di tanggung oleh penghuni diatas apa yang berlaku.Walaupun pada peringkat awalnya pihak penyelengara pangsapuri seolah-olah sengaja melewatkan proses membaik pulih kerosakan kotak fuis tersebut namun diatas campur tangan YB Shuhaimi perkara tersebut dapat diselesaikan.

Pada jam sekitar jam 7.00 malam 26 nov bekalan elektrik di pangsapuri blok 3J Taman Sri Muda telah dapat di pulihkan seperti sedia kala.YB Shuhaimi serta seluruh penghuni pangsapuri blok 3 J mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak penyelenggara bangunan.Pada kesempatan tersebut YB Shuhaimi juga menyeru kepada penduduk agar dapat menjaga kebersihan serta keharmonian pangsapuri tersebut.

Penghuni melihat dengan penuh perhatian kerja - kerja pembaikkan kotak fuis yang rosak

Tuesday, November 18, 2008

Majlis Amal SJK(T) Ladang Emerald

Pada 15/11/08, 7.30 petang Persatuan Ibu-bapa dan Guru-Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Emerald telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk menjana dana mengisi tabung pembangunan sekolah di Kelab Shah Alam, Shah Alam.

Majlis ini berjaya mendapat sokongan masyarakat umum di mana sebanyak 35 meja telah berjaya mendapat tajaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja Yang Berhormat Dr. Siti Mariah dan ucapan khas oleh wakil khas kepada ADUN Sri Muda iaitu Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow.

Pada keseluruhannya, masyarakat India amat menghargai sokongan kedua-dua Yang Berhormat dengan memberikan menganugerahan bunga mengikut budaya masyarakat India. Ucapan YB Dr. Siti Mariah dan En. Tan menerima sambutan tepukan gemuruh oleh para hadiran-hadirin.


Himpuan Bulan MBSA

Seperti biasa pada 10/11/08 MBSA telah mengadakan hmpunan bulanan November 2008 di Bewan Banquet, Wisma MBSA.

Pada himpunan kali, Yang Berbahagia Encik Halim Sirome telah diundang sebagai pengucap bagi pihak Ahli Majlis MBSA. Melalui ucap En. Halim yang penuh semangat telah menaikkan semangat pegawai MBSA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua.




Jamuan Hari Raya Deepavali

Pada malam 15/11/08, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MBSA) dan Jawatankuasa Wanita DUN Sri Muda telah mengajurkan satu majlis jamuan Hari Raya Deepavali di Dewan MBSA, Bukit Naga dengan amat berjaya.

Tetamu utama majlis ini adalah Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah dan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda YB Tuan Shuhaimi Shafiei.






Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai kanan MBSA termasuklah Pemangku Dato Bandar MBSA Tuan Mokhtar Hani, Pengarah Kejuruteraan, Pengarah Kewangan, Pengurus Cawangan Kota Kemuning dan lain-lain serta ribuan warga Shah Alam bersama-sama meraikan hari raya ini.

Yang turut hadir bersama termasuklah penganjur bersama Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow, Encik Paparaidu, Encik Uthayasorian dan Encik VK Vembarasan.








Sunday, November 16, 2008

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Palsu?

Siri gambar berikut diambil pada 14 November 2008 pukul 8.40 pagi di tapak letak kereta khas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA, Shah Alam.

Jelas terbukti kereta ini terletak dalam petak rezab Ahli Majlis, tetapi logo keahlian sudah lapuk iaitu 2006-2008.

Untuk makluman, Ahli Majlis yang terkini adalah 2008-2009.





Tuesday, November 11, 2008

Operasi Kebersihan MBSA Akan Bermula

Sepertimana telah diumumkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam akan memulakan operasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan semua gerai-gerai penyediaan makanan dalam tempoh terdepat ini.

Berikut adalah salah satu contoh pemandangan sebenar oleh sebuah restoran di sekitar Bandaraya Shah Alam. Adalah menjadi tanggungjawab semua warga Shah Alam bersama-sama menjadi bandaraya kita sentiasa bersih dan indah.



Majlis Dialog Sek. 27, Shah Alam

Selaras dengan janjian kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, satu lagi program mesra rakyat telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon 10, Bandaraya Shah Alam.

Majlis dialog ini terut disertai oleh agensi kerajaan dan badan-badan berkanun. Ia termasuklah kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Tuan Shuhaimi Shafiei, Wakil Ahli Kota Raja, Ketua Polis Daerah Shah Alam, wakil TNB, wakil Syabas dan lain-lain.

Majlis berjalan dengan sempurna dan banyak permasalahan setempat telah diketengahkan untuk perhatian pihak yang bertanggungjawab agar mutu kehidupan warga Shah Alam dapat dipertingkatkan lagi.



Majlis Perayaan Deepavali

Jawatankuasa Rukun Tengga Taman Sri Muda telah mengajurkan satu majlis jamuan makan malam sempena Hari Raya Deepavali di Sek. 25 hari ahad yang lalu.

Majlis ini mendapat sambutan luas daripada penduduk-penduduk setempat dan wakil-wakil agensi kerajaan seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Tuan Shuhaimi Shafiei, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow, Ketua Polis Daerah Shah Alam dan sebagainya.

Amalan bermuhhibah dalam masyarakat majmuk seperti Malasyia ini memang menjadi satu daya tarikan kepada para pelancong asing yang kagm dengan teleransi antara semua penduduk Malaysia.


Operasi Banteras PATI

Minggu lalu, satu operasi besar-besaran telah dijalankan oleh RELA dan Polis. Oerapsi ini dijalankan pada pukul 12.00 tengah malam yang disertai oleh hampir seratus orang anggota pasukan beruniform.

Antara sasaran utama operasi kali ini adalah di Pangsapuri Nervilia, Kota Kemuning. Hasil daripada berhempas-pulas anggota-anggota RELA dan Polis, mereka berjaya menahan 300 orang yang warga asing yang disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan atau bekerja yang sah.

Memang sokongan RELA dan Polis amat dihargai oleh semua penduduk pangsapuri tersebut demi keselamatan dan ketenteraman setempat.