Wednesday, November 26, 2008

Meninjau permasalahan bekalan elektrik Pangsapuri Blok 3J, Taman Sri Muda

Mendengar penjelasan daripada wakil syarikat penyelenggaraan



Melihat Sendiri dengan lebih dekat kerosakan pada kotak fuis

Taman Sri Muda ( 26 Nov ).Walaupun sibuk dengan tugasan Selaku Pembantu EXCO YB.Shuhaimi masih berkesempatan untuk bertemu dengan rakyat serta mendengar rintihan mereka.Pada 23 nov 2008, seluruh penghuni yang menduduki pangsapuri blok 3J telah mengalami terputus bekalan elektrik berpunca daripada kotak fuis utama yang terbakar.

Namun yang menimbulkan kemarahan penghuni adalah diatas kegagalan pihak yang menyelenggara pangsapuri tersebut mengambil masa yang terlalu lama sehingga tiga hari masih belum diperbaiki kerosakan tersebut.Diatas rasa tanggung jawab YB Shihaimi telah meluangkan masa hampir satu jam bertemu dan mendengar aduan penguni berkenaan kesulitan dan kerugian yang terpaksa di tanggung oleh penghuni diatas apa yang berlaku.Walaupun pada peringkat awalnya pihak penyelengara pangsapuri seolah-olah sengaja melewatkan proses membaik pulih kerosakan kotak fuis tersebut namun diatas campur tangan YB Shuhaimi perkara tersebut dapat diselesaikan.

Pada jam sekitar jam 7.00 malam 26 nov bekalan elektrik di pangsapuri blok 3J Taman Sri Muda telah dapat di pulihkan seperti sedia kala.YB Shuhaimi serta seluruh penghuni pangsapuri blok 3 J mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak penyelenggara bangunan.Pada kesempatan tersebut YB Shuhaimi juga menyeru kepada penduduk agar dapat menjaga kebersihan serta keharmonian pangsapuri tersebut.

Penghuni melihat dengan penuh perhatian kerja - kerja pembaikkan kotak fuis yang rosak

2 comments:

MK IV said...

oii lenga... harap-harap la ko kenak letrik, padam ko nanti dapat la aku pilihanraya kecil... heee...

Unknown said...

dia ini tahu kah kerja2 letrik.macam tau sangat nak sentuh wayar2.

Masco, saya setujulah kalau ada pilihanraya kecil.