Saturday, November 1, 2008

Written by Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh   
SHAH ALAM, 22 Okt (Hrkh) - Sesi soal jawab lisan menjadi kecoh apabila Dato' Abd Rahman Palil (Sementa-BN) berang dengan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali bahawa kerajaan BN sebelum ini tidak bersedia untuk dikritik dan menerima pandangan daripada Pegawai Kerajaan. Image
Beliau yang menjawab soalan lisan daripada Mat Shuhaimi Shafiei (Sri Muda -KeADILan) menerangkan, dalam mesyuarat bersama Pegawai Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat memberi peluang kepada pegawai kerajaan supaya memberi pandangan dan mengkritik pelaksanaan kerajaan baru Selangor.
"Budaya seperti ini tidak ada dalam BN...," katanya.
Serentak itu suasana menjadi bising kerana Adun pembangkang tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Adun pembangkang bangun antaranya Rahman Palil sambil mengeluarkan kenyataan tidak puashati walaupun telah diarahkan duduk oleh Speaker.
Speaker, (Teng Chang Khim); "duduk..duduk...duduk, kalau tidak saya akan halau.
Sementa duduk, kalau tidak saya akan gunakan peraturan. Jangan cabar saya. Sementa dah empat penggal, saya tengah cakap ni...Sementa, nak cabar lagi." Image
Arahan Speaker tetap tidak dihiraukan oleh Sementa sehinga beliau terpaksa memberi amaran; "Jika tidak puashati dengan kenyataan yang dibuat oleh Gombak Setia Sementa boleh cabar kemudian.
Sementa terus bangun dan enggan mendengar arahan daripada Speaker. Saya sedang bercakap ni pun Sementa terus bangun. Saya minta duduk, saya arahkan duduk. Sebentar lagi jawapan akan diberikan oleh Gombak Setia. Kalau tidak puashati Sementa boleh bangun dan minta penjelasan."
Sementa enggan mendengar arahan tetapi terus bercakap dan bangun sambil menunding tangan ke arah Gombak Setia.
"Tengok saya sedang bercakap ni...Apabila Speaker sedang bercakap semua orang kena diam. Hendak cuba cabar lagi, saya bagi peluang... Saya sudah kata saya adil...Sri Serdang... Image
Saya bagi amaran terakhir, Sementa..kalau tidak saya gantung...," tegas beliau kepada Sementa.
Hasan Ali bangun untuk menyambung penjelasan berhubung soalan peranan agensi kerajaan terhadap aspek penyelenggaran infrastruktur di kawasan bandar dan kampung telah menimbulkan pertindihan kerja antara satu sama lain.
Sebelum itu beliau bertanya kepada Speaker; "Tuan Speaker tidak ambil tindakan...(terhadap Sementa) disambut dengan tepukan dan ketawa. Speaker; "Tuan Speaker bagi peluang sebab kita kerajaan baru kita memberi adil kepada semua. Kita mesti adil dan memaafkan kepada orang yang tidak tahu, yang jahil." Image
Hasan; "Sudah empat penggal orang macam ini hendak menyelaraskan...tak adalah..."
Kedengaran (nama saja Dr...)suasana bising.
Hasan; "Oh, ni dah main kasar ni serangan peribadi...(nama saja Dr)...inilah gambaran..."
Kedengaran; "Sapa main kasar....
Mengakhiri jawapan soal jawab Hasan menjelaskan, di peringkat negeri penyelerasan dibuat melalui Jawatankuasa yang ditubuhkan.
Menuruut beliau, selama Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kerjasama daripada Pegawai Kerajaan memang baik.-SH

No comments: