Loading...

Tuesday, November 18, 2008

Jamuan Hari Raya Deepavali

Pada malam 15/11/08, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MBSA) dan Jawatankuasa Wanita DUN Sri Muda telah mengajurkan satu majlis jamuan Hari Raya Deepavali di Dewan MBSA, Bukit Naga dengan amat berjaya.

Tetamu utama majlis ini adalah Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah dan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda YB Tuan Shuhaimi Shafiei.






Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai kanan MBSA termasuklah Pemangku Dato Bandar MBSA Tuan Mokhtar Hani, Pengarah Kejuruteraan, Pengarah Kewangan, Pengurus Cawangan Kota Kemuning dan lain-lain serta ribuan warga Shah Alam bersama-sama meraikan hari raya ini.

Yang turut hadir bersama termasuklah penganjur bersama Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow, Encik Paparaidu, Encik Uthayasorian dan Encik VK Vembarasan.








No comments: