Tuesday, November 18, 2008

Majlis Amal SJK(T) Ladang Emerald

Pada 15/11/08, 7.30 petang Persatuan Ibu-bapa dan Guru-Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Emerald telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk menjana dana mengisi tabung pembangunan sekolah di Kelab Shah Alam, Shah Alam.

Majlis ini berjaya mendapat sokongan masyarakat umum di mana sebanyak 35 meja telah berjaya mendapat tajaan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Raja Yang Berhormat Dr. Siti Mariah dan ucapan khas oleh wakil khas kepada ADUN Sri Muda iaitu Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow.

Pada keseluruhannya, masyarakat India amat menghargai sokongan kedua-dua Yang Berhormat dengan memberikan menganugerahan bunga mengikut budaya masyarakat India. Ucapan YB Dr. Siti Mariah dan En. Tan menerima sambutan tepukan gemuruh oleh para hadiran-hadirin.


No comments: