Monday, May 18, 2009

Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan

Keperitan hidup ditanggung satu keluarga di Kampung Johan Setia Klang, dekat sini, apabila kehilangan harta benda dan tempat tinggal selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran petang kelmarin mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan.

Antaranya yang terawal menghulurkan sumbangan ialah Ahli Dewan Undanagan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei.

Mangsa, Mahanum Bt Mohd Judin, 49, berkata, dia amat terharu atas sumbangan dan simpati diberikan pihak prihatin.


Katanya, dia hanya mampu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pihak yang membantu sekali gus dapat meringankan tekanan dan penderitaan ditanggungnya.



“Terima kasih kepada YB Shuhaimi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda ini yang memberi sumbangan"



“Kami amat menghargai sumbangan diberikan pada saat sukar seperti ini,” katanya yang kini menompang di rumah jiran selepas menerima sumbangan disampaikan oleh YB Shuhaimi sendiri.

Sementara itu, YB Shuhaimi berkata, pihaknya berharap sumbangan disampaikan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa.

“Kami simpati atas kejadian yang berlaku
memandangkan mangsa tidak sempat menyelamatkan sebarang barangan rumah serta keperluan lain kerana api marak cepat,” katanya.

Turut hadir menziarahi mangsa ialah Ketua Kampung Johan Setia Imam Mohamad Jalil B Marzuki, Ketua AMK Dun Sri Muda Sdr Jabri, Ketua Skuad Bencana Dun Sri Muda Sdr Azwan Mat Amid, kakitangan pejabat Adun Sri Muda dan AJK Masjid Johan Setia.

No comments: