Pusat tuisyen rakyat MPP Zon 10 telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi sendiri selaku penaung Pusat Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda.
Seperti Pusat Tuisyen Rakyat Taman Sri Muda, Pusat Tuisyen Rakyat MPP Zon 10 juga diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapat peluang yang sama seperti pelajar-pelajar lain dalam memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka di sekolah terutama matapelajaran utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam menghadapi peperiksaan akan datang.
Ketua Biro Pendidikan Dun Sri Muda Sdr S.K Segar menyatakan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga guru dan keperluan-keperluan pembelajaran yang lain. Beliau juga mengharapkan Pusat Tuisyen MPP Zon 10 akan terus berkembang sehingga mampu untuk memiliki Pusat Tuisyen sendiri.
Turut hadir Ahli Majlis MPP Zon 10 Sdr Kamarudzaman Sanusi yang bermurah hati memberi kebenaran menggunakan dewan MPP Zon 10 sebagai kelas tuisyen rakyat ini, beliau juga berjanji akan menambahbaik keadaan kelas dari semasa ke semasa bagi memberi keselesaan kepada para pelajar.
Dimajlis itu YB Shuhaimi turut mengistiharkan bahawa semua pelajar yang menuntut di Pusat Tuisyen Rakyat MPP Zon 10 ini sebagai anak angkat Dun Sri Muda, dan beliau sendiri akan turun padang bagi memastikan keberkesanan pembelajaran keatas kesemua pelajar tersebut dari masa kesemasa.
Di akhir majlis tersebut YB Shuhaimi juga berkesempatan memberi sedikit sumbangan dari Pejabat Adun Sri Muda kepada para pelajar serta beramah mesra bersama-sama guru, pelajar dan ibu bapa yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis MBSA Sdr Tan Ah Kow, Sdr Kamarudzaman Sanusi, Sdr S.K Segar, Pengerusi PIBG Sekolah-sekolah sekitar Dun Sri Muda, , Ibu Bapa dan kakitangan Pejabat Adun Sri Muda.
No comments:
Post a Comment