Loading...

Sunday, August 16, 2009

Bengkel PMR Parlimen Kota Raja 2009

Cemerlang

Seperti yang dijangkakan. Program sehari Bengkel PMR Parlimen Kota Raja 2009 bertempat di Auditorium Majlis Daerah klang telah berjalan dengan cemerlang. Majlis Perasmian di lakukan oleh YB Shuhaimi ADUN Sri Muda yang mengganti YB Dr Siti Mariah yang kini berada di Dublin.Dalam ucapan nya YB Shuhaimi mengingatkan para pelajar agar memberi fokus mereka sepenuhnya terhadap pelajaran bagi memastikan impian masing-masing tercapai apabila keputusan peperiksaan diumumkan nanti. Beliau juga berharap agar dengan kejayaan yang cemerlang itu nanti dan dari sanalah akan lahir pemimpin negara pada masa hadapan.Para pelajar yang hadir juga mengikrarkan minimum mereka akan mendapatkan kejayaan sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan nanti manakala yang lain dengan yakinnya mereka berjanji untuk mendapatkan 9A dan 10A dalam peperiksaan nanti.Sementara itu Pengarah Program Sdr Imran Satiman (LPN Kota Raja) benjanji akan terus memantau kejayaan anak-anak ini pada masa-masa akan datang dan akan menghantar kirimin kad hari raya kepada mereka sebagai satu ingatan dan menjadikan mereka semua nak angkat Parlimen Kota Raja.Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Sdr Syed Abd Malek menyampai salam dari YB dr siti Mariah dari dublin.

Lapuran lanjut dalam blog Parlimen Kota Raja : http://p111kotaraja.blogspot.com/

No comments: