Tuesday, August 18, 2009
BERSAMA - SAMA MENCENGAH WABAK INFLUENZA A ( H1N1 )
YB Shuhaimi Haji Shafiei ketika menyampaikan amanat kepada ketua -ketua JDM Sri Muda
SRI MUDA - Dengan peningkatan mereka - mereka yang dihidapi selsema Influenza A (H1N1) serta kadar kematian yang semakin bertambah setiap hari di Negara kita.YB Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dan rakyat di Dun Sri Muda amnya agar mengambil langkah berjaga - jaga agar wabak ini tidak berterusan menjadi ancaman di negara kita.
Shuhaimi Shafiei didalam kenyataannya meminta agar orang ramai tidak mengambil mudah berkenaan dengan wabak H1N1 ini kerana seperti mana yang dimaklumkan oleh kementerian yang berkenaan akan ada gelombang yang kedua akan melanda dalam masa yang terdekat ini.orang ramai diminta sentiasa memakai topeng menutup hidung dan mulut terutamanya ketika berada dikawasan tumpuan serta kepada pelajar - pelajar yang bersekolah.Bagi mereka - mereka yang menghidapi penyakit yang kronik dan mudah dijangkiti wabak ini diminta agar sentiasa berada di rumah serta menjaga kesihatan dengan lebih baik.
Bagi umat Islam shuhaimi Shafiei juga mengalakkan agar diperbanyakkan mengerjakan solat hajat di surau serta masjid - masjid untuk memohon kehadrat ALLAH SWT agar kita dijauhkan dari wabak ini.Namun apa yang lebih penting sekiranya ada dikalangan angota keluarga menunjukkan tanda - tanda berkenaan dengan wabak H1N1 dimintak agar terus pergi ke pusat kesihatan yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment