Wednesday, August 12, 2009

KAUNTER PENDAFTARAN SMUE DI MASJID SEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Kerana kurangnya kesedaran dan mengambil berat diatas keprihatinan kerajaan Negeri Selangor dibawah pentakbiran Pakatan Rakyat yang telah melancarkan Skim Mesra Usia Emas kepada Rakyat yang berumur 60 tahun dan keatas.Pejabat Ahli Dewan Negeri kawasan Sri Muda telah mengambil pendekatan dengan membuka kaunter pendaftaran dimasjid sekitar kawasan Dun Sri Muda setiap Hari jumaat demi memudahkan lagi orang ramai untuk mendaftar dibawah skim tertsebut.
Antara masjid yang telah dibuka kaunter pendaftaran SMUE adalah masjid Al - Falah ( Tmn Sri Muda ),Al - Naim ( Kg Jln Kebun ),Al - Munawarah ( Seksyen 28).YB Shuhaimi Shafiei menyeru kepada warga penduduk Dun Sri Muda yang berusia 60 tahun dan keatas atau waris terdekat agar dapat mendaftar di kaunter - kaunter pendaftaran yang dibuka atau terus sahaja ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda yang terletak di Seksyen 31 Kota Kemuning




Kain rentang mewar - warkan pembukaan kaunter pendaftaran SMUE



Sambutan yang mengalakkan diterima pada setiap kali kaunter pendaftaran dibuka



Shuhaimi Hj Shafiei tidak ketinggalan hadir berjamaah dan memberikan sokongan kepada petugas pejabat ADUN


Sdr Rizal begitu bersemangat memberikan penerangan kepada seorang warga emas berkenaan SMUE


Shuhaimi Shafiei bertanyakan Khabar dan bermesra dengan seorang jemaah yamg hadir


No comments: