Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia pagi tadi

KG BUKIT LANCHONG: Jenazah Ustaz Asri dimaklumkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

YB Shuhaimi selaku ADUN Sri Muda turut hadir mengunjungi jenazah di rumah beliau di Kg Bukit Lanchong.

Al-Fatihah untuk keluarga Allayarham Ustaz Asri

No comments: