Loading...

Wednesday, August 26, 2009

Tahniah Pas dan Pakatan Rakyat


PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Thursday, August 20, 2009

Wednesday, August 19, 2009

PERJUMPAAN BERSAMA NAZIR MASJID DISEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Dengan tujuan untuk mengeratkan serta mendekatkan lagi hubungan diantara Nazir - Nazir masjid yang terdapat disekitar kawasan Sri Muda dengan Ahli Dewan Negeri Sri Muda serta Ahli Parlimen Kota Raja.Pejabat Pusat Khidmatan Rakyat Dun Sri Muda telah menganjurkan satu majlis pertemuan diantara YB Shuhaimi Hj Shafiei dan YB Puan Dr Siti Mariah Mahmud bersama - sama kesemua nazir Masjid yang terdapat disekitar kawasan Sri Muda.
Pada pertemuan tersebut perbincangan telah berjalan didalam suasana yang cukup harmoni dan santai.Selain dapat berkenalan dengan lebih dekat diantara Wakil Rakyat dan nazir masjid ia juga dapat mencapai satu persefahaman yang mana akan memberi faedah kepada pihak pengurusan masjid serta orang ramai dalam merencanakan aktiviti - aktiviti dimasa yang mendatang.



Begitu teliti Shuhaimi Hj Shafiei dan Dr Siti Mariah Mahmud membaca isi kandungan memo yang diberikan kepada mereka berdua.







Tuesday, August 18, 2009

BERSAMA - SAMA MENCENGAH WABAK INFLUENZA A ( H1N1 )


YB Shuhaimi Haji Shafiei ketika menyampaikan amanat kepada ketua -ketua JDM Sri Muda


SRI MUDA - Dengan peningkatan mereka - mereka yang dihidapi selsema Influenza A (H1N1) serta kadar kematian yang semakin bertambah setiap hari di Negara kita.YB Shuhaimi Hj Shafiei menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dan rakyat di Dun Sri Muda amnya agar mengambil langkah berjaga - jaga agar wabak ini tidak berterusan menjadi ancaman di negara kita.

Shuhaimi Shafiei didalam kenyataannya meminta agar orang ramai tidak mengambil mudah berkenaan dengan wabak H1N1 ini kerana seperti mana yang dimaklumkan oleh kementerian yang berkenaan akan ada gelombang yang kedua akan melanda dalam masa yang terdekat ini.orang ramai diminta sentiasa memakai topeng menutup hidung dan mulut terutamanya ketika berada dikawasan tumpuan serta kepada pelajar - pelajar yang bersekolah.Bagi mereka - mereka yang menghidapi penyakit yang kronik dan mudah dijangkiti wabak ini diminta agar sentiasa berada di rumah serta menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Bagi umat Islam shuhaimi Shafiei juga mengalakkan agar diperbanyakkan mengerjakan solat hajat di surau serta masjid - masjid untuk memohon kehadrat ALLAH SWT agar kita dijauhkan dari wabak ini.Namun apa yang lebih penting sekiranya ada dikalangan angota keluarga menunjukkan tanda - tanda berkenaan dengan wabak H1N1 dimintak agar terus pergi ke pusat kesihatan yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian.

Sunday, August 16, 2009

Bengkel PMR Parlimen Kota Raja 2009

Cemerlang

Seperti yang dijangkakan. Program sehari Bengkel PMR Parlimen Kota Raja 2009 bertempat di Auditorium Majlis Daerah klang telah berjalan dengan cemerlang. Majlis Perasmian di lakukan oleh YB Shuhaimi ADUN Sri Muda yang mengganti YB Dr Siti Mariah yang kini berada di Dublin.Dalam ucapan nya YB Shuhaimi mengingatkan para pelajar agar memberi fokus mereka sepenuhnya terhadap pelajaran bagi memastikan impian masing-masing tercapai apabila keputusan peperiksaan diumumkan nanti. Beliau juga berharap agar dengan kejayaan yang cemerlang itu nanti dan dari sanalah akan lahir pemimpin negara pada masa hadapan.Para pelajar yang hadir juga mengikrarkan minimum mereka akan mendapatkan kejayaan sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan nanti manakala yang lain dengan yakinnya mereka berjanji untuk mendapatkan 9A dan 10A dalam peperiksaan nanti.Sementara itu Pengarah Program Sdr Imran Satiman (LPN Kota Raja) benjanji akan terus memantau kejayaan anak-anak ini pada masa-masa akan datang dan akan menghantar kirimin kad hari raya kepada mereka sebagai satu ingatan dan menjadikan mereka semua nak angkat Parlimen Kota Raja.Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Sdr Syed Abd Malek menyampai salam dari YB dr siti Mariah dari dublin.

Lapuran lanjut dalam blog Parlimen Kota Raja : http://p111kotaraja.blogspot.com/

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia pagi tadi

KG BUKIT LANCHONG: Jenazah Ustaz Asri dimaklumkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

YB Shuhaimi selaku ADUN Sri Muda turut hadir mengunjungi jenazah di rumah beliau di Kg Bukit Lanchong.

Al-Fatihah untuk keluarga Allayarham Ustaz Asri

SESI DAILOG ADUN,JMB & PENDUDUK APARTMENT SRI MUTIARA PUTRA HEIGHT








SRI MUDA - Memenuhi tanggungjawap selaku Ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh Rakyat Seawal jam 8.45 pagi hari sabtu 26 julai bertempat di dewan orang ramai Apartment sri Mutiara Putra Height.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah berkesempatan bertemu penduduk yang menghuni Apartment Sri Mutiara untuk sesi dailog berkenaan permasalah yang dihadapi penduduk setempat.Antara yang turut hadir pada sesi dailog tersebut adalah pengurusan JMB serta wakil pemaju perumahan.
Banyak kata sepakat serta penyelesaian yang dapat dicapai pada sesi dailog tersebut untuk kebaikkan penduduk setempat.

Wednesday, August 12, 2009

KAUNTER PENDAFTARAN SMUE DI MASJID SEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Kerana kurangnya kesedaran dan mengambil berat diatas keprihatinan kerajaan Negeri Selangor dibawah pentakbiran Pakatan Rakyat yang telah melancarkan Skim Mesra Usia Emas kepada Rakyat yang berumur 60 tahun dan keatas.Pejabat Ahli Dewan Negeri kawasan Sri Muda telah mengambil pendekatan dengan membuka kaunter pendaftaran dimasjid sekitar kawasan Dun Sri Muda setiap Hari jumaat demi memudahkan lagi orang ramai untuk mendaftar dibawah skim tertsebut.
Antara masjid yang telah dibuka kaunter pendaftaran SMUE adalah masjid Al - Falah ( Tmn Sri Muda ),Al - Naim ( Kg Jln Kebun ),Al - Munawarah ( Seksyen 28).YB Shuhaimi Shafiei menyeru kepada warga penduduk Dun Sri Muda yang berusia 60 tahun dan keatas atau waris terdekat agar dapat mendaftar di kaunter - kaunter pendaftaran yang dibuka atau terus sahaja ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda yang terletak di Seksyen 31 Kota Kemuning




Kain rentang mewar - warkan pembukaan kaunter pendaftaran SMUE



Sambutan yang mengalakkan diterima pada setiap kali kaunter pendaftaran dibuka



Shuhaimi Hj Shafiei tidak ketinggalan hadir berjamaah dan memberikan sokongan kepada petugas pejabat ADUN


Sdr Rizal begitu bersemangat memberikan penerangan kepada seorang warga emas berkenaan SMUE


Shuhaimi Shafiei bertanyakan Khabar dan bermesra dengan seorang jemaah yamg hadir


Thursday, August 6, 2009

SEMBANG PAGI DI KAMPUNG BARU 2, JALAN KEBUN.

SRI MUDA - Dengan hasrat untuk mendekati dan bermesra dengan pemimpin setempat YB Shuhaimi Shafiei telah mempergunakan sedikit masa yang terluang untuk menziarahi ke kediaman Tuan Hj.Johari yang terletak di Kampung Baru 2, Jalan Kebun.Dalam pertemuan tersebut Shuhaimi Shafiei telah bertukar - tukar pendapat mengenai beberapa perkara yang berbangkit.Antara yang hadir pada hari tersebut adalah En.Aziz,En Abdul Rahman,Tuan Hj Muhyidin serta Puan Norhana (Ketua Wanita Sri Muda)



Shuhaimi Hj Shafiei mendengar dengan teliti setiap apa yang disuarakan oleh wakil penduduk

Dari kiri,En Abd Aziz,YB Shuhaimi Hj Shafiei,Hj Muhyidin,Hj Johari dan En abdul Rahman

Apa yang diperkatakan oleh En.Abdul Rahman sebegitu serius raut wajahnya.

Apa yang membuatkan ketiga - tiga mereka seakan terpegun....





Wednesday, August 5, 2009

MELIHAT SENDIRI PERMASALAH RAKYAT..

SRI MUDA - Kerana ingin melihat dan menjelami sendiri permasalah dan penderitaan Rakyat yang diwakili oleh beliau YB Shuhaimi telah meluangkan masa bertemu dengan sebuah keluarga yang kurang berkemampuan.Shuhaimi Shafiei benar - benar merasa simpati diatas kesusahan yang ditanggung oleh keluarga tersebut.Dan melalui peruntukan Adun Shuhaimi Shafiei menyata kesanggupan untuk menjalurkan bantuan bulan berbentuk makanan kepada keluarga tersebut yang akan bermula dari bulan ogos sehingga bulan december sementara permohonan mendapatkan bantuan dari pihak JKM atau LZS diuruskan.



AWAK PERLU SABAR DAN TABAH MELALUI SEGALA UJIAN MUNGKIN ITU YANG DIPERKATAAN OLEH YB.SHUHAIMI SHAFIEI.

MENGAMBIL DAN MENULIS SENDIRI PERMASALAH YANG DIHADAPI OLEH RAKYATRASA TERHARU JELAS TERPACAR DIRAUT WAJAH IBU MUDA INI BILA SEORANG WAKIL RAKYAT SANGGUP BERTEMU DENGAN RAKYAT YANG DIWAKILINYA SENDIRI.




LAWATAN DAN TINJUAN MENGEJUT KE PUSAT OPERASI RELA KG. JALAN KEBUN

JALAN KEBUN - Biarpun ruangan masa yang terhad YB Shuhaimi masih dapat mencuri sedikit kesempatan untuk melakukan lawatan dan tinjaun mengejut ke Pusat operasi RELA di Kg Jalan Kebun yang baru beroperasi.Dengan tujuan untuk menyatakan sokongan kepada usaha - usaha murni anggota RELA demi memastikan keselamatan kawasan sekitar kampung terkawal.Dalam lawatan tersebut Shuhaimi menyatakan hasrat untuk membantu menambah baik kelengkapan Pusat Operasi tersebut demi keselesaan anggota RELA yang bertugas.PAPAN TANDA PUSAT OPERASI RELA PLATUN 0189 JALAN KEBUN
TUAN ABDUL MAJID (KANAN) MENYATAKAN SESUATU KEPADA YB.SHUHAIMI



MENGABADIKAN KENANGAN DI HADAPAN PUSAT OPERASI RELA KG.JALAN KEBUN
KAW. SHAH ALAM.