Tuesday, June 1, 2010

MASALAH BANJIR YANG SERING MELANDA KAWASAN DUN SRI MUDA
MASIH GAGAL DIATAS SEPENUHNYA


SRI MUDA - Sistem peparitan dan pengaliran dilihat menjadi punca utama masalah banjir di kawasan Dun Sri Muda sering kali berulang setiap kali hujan lebat melanda kawasan tersebut.Permasalah tersebut sudah berulang kali dibangkitkan ketika berlangsungnya mesyuarat tindakan Daerah Klang dan Petaling namun akan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawap agak perlahan.YB Shuhaimi Hj Shafiei selaku wakil rakyat dikawasan tersebut melahirkan rasa kesal kerana pada dapat dilihat dengan jelas kebanyakkan sistem peparitan tidak diselenggarakan dengan berkesan seperti tumbuhan seperti rumbut hidup subur dan menutupi hampir keseluruhan peparitan selain sisa buangan juga terdapat didalam sisitem peparitan tersebut.

YB Shuhaimi Hj Shafiei meminta kerjasama daripada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) agar tidak menunggu selepas kejadian banjir barulah hendak bertindak kerana cara sedemikian hanya akan menyusahkan rakyat serta menbangkitkan rasa marah rakyat kepada kerajaan yang memerintah kerana tindakan pencengahan tidak diambil dari awal.YB Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pegawai dari JPS agar dapat melakukan tinjauan sekitar kawasan yang sering dilanda banjir demi untuk mengenal pasti apakah punca sebenar permasalah tersebut dan bagaimana ia dapat di atas demi untuk kesejahteraan rakyat yang terbanyak.





No comments: