DI MASJID AL-NAIM KAMPUNG JALAN KEBUN,
KAMPUNG JALAN KEBUN - Hasrat penduduk kampung Jalan Kebun untuk bertemu dan bertentang mata dengan pemimpin tertinggi Negeri Selangor akhirnya tercapai bilamana Dato Menteri Besar YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah menunaikan solat fardu jumaat baru - baru ini di masjid Al-Naim.Ketibaan YAB Tan Sri telah disambut oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei,Nazir masjid serta Ajk Masjid Al-Naim serta para jemaah yang hadir menunaikan solat pada hari tersebut.
Pada kesempatan tersebut YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberikan sedikit ruang untuk menyampaikan Tazkirah kepada para jemaah.Rata - rata jemaah yang hadir menunaikan solat pada hari tersebut melahirkan rasa terharu serta berbangga kerana hasrat dan keinginan mereka untuk bermesra dengan menteri besar selama ini tertunai sudah.Para jemaah mengakui Dato' Menteri besar adalah seorang pemimpin yang benar - benar berjiwea rakyat kerana mudah untuk didekati serta tidak begitu mementing protokol ketika berhadapan dengan rakyat.
Rakyat yang hadir melahirkan hasrat agar YAB Dato' Menteri Besar agar dapat meluangkan masa untuk hadir sekali lagi ke Kampung Jalan Kebun dimajlis yang lain agar seluruh rakyat di Kampung Jalan Kebun dapat bertemu dan bermesra dengan pemimpin tertinggi negeri itu.YB Shuhaimi Hj Shafiei sedang merangka satu program yang mana akan dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar dalam Waktu yang terdekat untuk memberikan peluang seluruh rakyat untuk bertemu dan bermesra dengan Dato' Menteri Besar yang di sayangi oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim disambut oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei semasa tiba di Masjid Al-Naim
YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid ketika menyampai Tazkirah kepada para jemaah yang menunaikan solat jumaat.para Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tan Sri Dato' Abdul Khalid Inrahim
Bersama - sama barisan kepimpinan AJK Masjid Al-Naim Kampung Jalan Kebun
No comments:
Post a Comment