KAMPUNG JALAN KEBUN - 20 Mei 2010
Sesungguhnya hidup ajal dan maut adalah ketentuan dari ALLAH SWT dan tidak boleh disanggal oleh sesiapa pun dimuka bumi ini kerana apabila tiba masanya ia tidak dapat dihalang walau dengan apa cara sekali pun.
Begitulah telah menimpa seorang pelajar Sekolah Menenggah Kebangsaan Jalan Kebun yang maut dipanah petir ketika bersama - sama pelajar lain mengikuti pendidikan jasmani di pandang sekolah tersebut.
Semasa kejadian mangsa bersama sama pelajar - pelajar yang lain sedang leka mengikuti aktiviti seperti yang telah di arahkan oleh guru secara tiba tiba berlaku petir yang agak luar biasa dentumannya yang telah memanah tepat ke angota badan mangsa yang menyebab mangsa terus rebah.
Selepas kejadian pihak sekolah telah bertindak menghubungi ambulans serta memaklumkan kepada keluarga mangsa namun ketika ambulans tiba dilokasi kejadian mangsa telah disahkan meninggal dunia.
Sehubunggan dengan itu YB Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa dukacita beliau diatas kejadian yang telah menimpa mangsa kerana ia berlaku ketika mangsa mengikuti sesi pendidikan jasmani yang mana pastinya mendapat pengawasan dari guru yang bertanggungjawap.
YB Shuhaimi HJ Shafiei menyeru kepada pihak sekolah agar dapat melakukan siasatan mengapa pelajar - pelajar masih dibiarkan berada di atas padang sekiranya cuaca didalam keadaan yang tidak baik.
Dimasa yang akan datang pihak sekolah diminta mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelak kejadian sama dari berulang dimasa yang akan datang agar pihak sekolah tidak dipersalahkan oleh mana - mana pihak.
Yb. Shuhaimi sempat sinngah sebentar di rumah keluarga mangsa lewat malam semalam sewaktu bergegas meninggalkan majlis Forum Perdana di padang An-Naim untuk melawat kawasan banjir di Taman Kandis Permai.
Takziah pada keluarga yang terlibat.
Sekretariat Dun Sri Muda - Az
No comments:
Post a Comment