Thursday, May 20, 2010

PAKATAN RAKYAT KOTA RAJA TERUS DIPERKUKUHKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

KOTA RAJA - Melihat dari suasana politik yang kebelakangan ini semakin mencabar telah mendorong kepimpinan Pakatan Rakyat Kota Raja sekali lagi duduk semeja untuk mencari rumusan dan resepi yang terbaik agar rakyat akan berterusan memberikan sokongan.

Pertemuan yang diadakan pada setiap bulan itu bukan hanya sekadar membincangkan perkara perkara yang berbangkit semasa. Ia juga bertujuan merangka beberapa aktiviti bersama agar dapat memberikan faedah terbaik serta pulangan yang lumayan kepada rakyat yang teramai.

Pertemuan antara gabungan parti di dalam Pakatan Rakyat di hadiri di kalangan pemimpin tertinggi parti kerana setiap keputusan perlu mendapat persetujuan semua parti di dalam Pakatan Rakyat agar gerak kerja yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan kemas.

Pakatan Rakyat sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan oleh rakyat tanpa ada alasan kerana bukan hanya rakyat yang memerhatikan setiap gerak kerja Pakatan Rakyat namun akan tetapi musuh politik juga sentiasa bersedia mengambil kesempatan.


Parti Keadilan Rakyat Kota Raja di wakili pimpinan tertingginya, Yb Dr. xavier, Yb Shuhaimi, Sdr Kamarulzaman Sanusi dan lain lain jawatankuasa Cabang

Pimpinan PAS Kota Raja di wakili oleh Cikgu Jaafar Samsudin, Sdr Halim Sirom dan Tuan Haji Tarmizi Ismail

No comments: