Thursday, May 13, 2010

PERMASALAHAN SAMPAH DI BATU 7 DAN 8, BUKIT KEMUNING DISELESAIKAN!

BUKIT KEMUNING - Masalah pembuangan sampah bagaikan tiada penghujungnya kerana ia sering sahaja berlaku dimana - mana sahaja lokasi samada diluar bandar dan di dalam bandar. Permasalahan tersebut akan berterusan kerana sikap orang ramai itu sendiri yang tidak mementingkan kebersihan serta keselesaan persekitaran dan mementingkan diri sendiri antara punca utama masalah tersebut berlanjutan.

Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 4 jam untuk meninjau kerja - kerja pembersihan yang dijalankan oleh kontraktor Alam Flora di sepanjang Jalan Batu 7 dan 8, Bukit kemuning.


YB Shuhaimi yang hadir seawal jam 10 pagi bukan hanya sekadar meninjau kerja - kerja pembersihan pada hari tersebut namun akan tetapi beliau turut melawat ke beberapa lokasi yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram oleh orang perseorangan serta dari pihak syarikat.

Tinjauan yang turut disertai oleh pihak pengurusan Alam Flora di ketuai oleh Pengurus Besarnya Tuan Haji Nasir Idrus serta Pengarah Kesihatan MBSA Dr. Roslan telah berjaya menemukan beberapa lokasi yang dijadikan tapak pelupusan sampah secara haram.

Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan tegas keatas mana - mana pihak yang melakukan kesalahan tanpa ada pilih kasih kerana yang perlu di utamakan adalah kesejahteraan rakyat.


Dibawah adalah gambar semasa tinjauan yang sempat dirakam oleh sekretariat DUN Sri Muda untuk tatapan pengunjung laman ini:




YB Shuhaimi menerangkan kawasan terlibat sambil diperhatikan oleh Dr Roslan dari MBSA dan Pengurus Besar Alam Flora, Tuan Haji Nasir Idrus

Pengurus Alam Flora bagi Klang / Shah Alam, Encik Md Zin tekun melihat peta kawasan

Pekerja Alam Flora sedang mengangkat sisa sampah terakhir di kawasan terlibat
Sudah 2 minggu operasi ini di buat, tetapi kenapa tak tutup sikit lori tu... kesian penunggang motorsikal ni..


Sikap penduduk juga perlu di ubah agar keadaan seperti ini terus berlaku


Kita lihat sejauh mana tempat ini dapat bertahan...


Longgokan sampah di atas tanah hak milik berikutan ketiadaan tong sampah yang disediakan


Jalan utama turut menjadi sasaran pembuangan sampah haram..


Sampah di penuhi lalat dan ulat..

Sekretariat Dun Sri Muda - Az

No comments: