Tuesday, May 18, 2010

"Halal"kan Judi "Redha"kan Saham pekerja Islam bernasib 1Malaysia

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Katakanlah: “Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”

surah Ar-Rum ayat 41-42

Nampaknya Kerajaan Malaysia hari ini sudah tidak mementingkan soal Halal Haram, mana-mana pelaburan yang boleh mendatangkan untung dia bedal semacam. Arak yang terang-terang Haram dihalalkan sesuka hati demi keuntungan! Beginikah kerajaan yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Jauh panggang dari api!

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan syarikat di tangga ke lima antara 30 pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .


Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .


Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah sudah tiada syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia . Bayangkan apabila kemalangan berlaku kepada pekerja, duit dari PERKESO inilah yang bakal diberikan kepada mangsa kemalangan untuk menyara kehidupan mereka atau sebagai pampasan di atas kemalangan, tetapi sedarkah anda duit dari mana yang diberikan sedang PERKESO adalah antara 30 pemegang saham terbesar syarikat arak?

Berikut dokumen bukti yang diambil dari www.carlsbergmalaysia.com.my

Sila klik untuk membesarkan image anda lihat baca dan nilailah sendiri!



Duit haram inilah yang selama ini menjadi darah daging! Anda sebagai umat Islam akan terus berdiam diri? Terpulang kepada anda, tunggulah bala dari Allah S.W.T.

Duduk diam atau tukar kerajaan untuk merobah kenyataan yang amat menghina muka Islam anda!!!

Ini bukan isu agama Islam atau agama Rasmi Malaysia!!!
ini isu martabat dan maruah seorang khalifah dimuka bumi ALLAH yang bergelar Muslim

Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad s.a.w. menyifatkan arak sebagai ibu atau kepala kepada segala maksiat. Hukum haram arak itu pula tidak terbatas hanya kepada peminumnya, sebaliknya itu turut diharamkan kepada beberapa pihak lain yang terlibat dengan penyediaan arak.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan hasil wangnya, pembayar dan pemesannya”. (hadis riwayat Anas)


Nota: Sekiranya mereka telah bertaubat, kita mesti memberi ruang pada mereka membetulkan kehidupan. Semua manusia melakukan kesilapan!


Editor: Bahan bacaan di atas disalin dari laman tawanmalaysia.com

No comments: