Loading...

Saturday, May 22, 2010

Perasmian Lebuharaya Kemuning Shah Alam (LKSA)

Pada 18 Mei yang lepas perasmian sebuah lebuhraya baru dilakukan. ADUN Sri Muda dan Ahli Parlimen Kota Raja juga dijemput hadir. Turut dijemput hadir adalah semua pegawai kanan jabatan kerajaan peringkat pusat dan negeri. Ahli Majlis PBT juga ramai kelihatan hadir. Perasmian dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Dato' Saziman Abu Mansor.

Lebuhraya ini mempercepatkan perjalanan 30 minit antara lebuhraya KESAS dan lebuhraya Persekutuan menjadi hanya 10 minit. Sebelum ini pengguna harus menempuh kesesakan di Taman Sri Muda dan juga di persimpangan Hicom untuk sampai ke jalan utama di Pusat Bandaraya Shah Alam.

Pengendali lebuhraya ini memberi percubaan selama 2 bulan sebelum tol mula dikenaakan yang mana kadarnya dimaklumkan sekitar RM0.60 ke RM1. Mudah mudahan ia dapat memberi manafaat kepada semua rakyat.

Gambar dibawah menunjukkan majlis perasmian yang di buat di atas lebuhraya ini:

Lambang rasmi upacara perasmian

Dato' Saziman, Tan Sri Hamad Kama Piah, Ketua Ketua Jabatan Kementerian Kerja Raya, YB Shuhaimi dan YB Dr. Mariah di majlis perasmian ini

Perbezaan fahaman politik tidak menghalang semua pemimpin dan Wakil Rakyat duduk bersama dalam acara rasmi..

Tan Sri Hamad Kamad Piah menunjukkan sesuatu yang menarik perhatian kepada semua tetamu

Semua tetamu sedang menunggu pelepasan rasmi kenderaan pertama oleh Menteri Kerja Raya

YB. Shuhaimi dan YB. Dr. Mariah turut serta hingga selesai majlis

Dato' Saziman sedia menandatangani plak perasmian

Kelihatan semua pemain politik di Kota Raja dalam sekeping gambar

Acara hampir selesai dan semua bersedia untuk pulang..

Sekretariat Dun Sri Muda - Tan

No comments: