Wednesday, May 5, 2010

6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid'


Mei 5, 10 3:15pm
Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid" malam tadi meluluskan enam resolusi termasuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil.

Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.

Dalam kenyataannya, Muhammad Faisal berkata, lima lagi resolusi ialah:

- Menggesa dikuatkuasakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

- Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

- Menuntut pihak media agar memberi laporan yang tepat dan telus kepada orang awam.- Mendesak agar ketua polis negara diganti demi menjaga nama baik institusi polis.

- Memastikan wujudnya elemen "semak dan seimbang" terhadap kuasa dan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Malaysiakini

No comments: