Wednesday, May 26, 2010

TINDAKAN YANG LEBIH BERSEPADU PERLU DI AMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH BANJIR DARI BERTERUSAN DI SEKITAR KAWASAN DUN SRI MUDA


SRI MUDA - Sepanjang tempoh memegang amanah selaku Adun kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa berusaha dengan menjalinkan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan yang berkaitan demi untuk memastikan permasalahan banjir dapat di atasi dengan kadar yang segera disekitar kawasan Dun Sri Muda.Sepanjang dua tahun pemantauan di jalankan oleh kakitanggan Pejabat Adun Sri Muda permasalah banjir yang sering berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan sistem pengaliran beroperasi dengan baik oleh kerana kebanyakkan peparitan serta anak - anak sungai yang terdapat di sekitar dun Sri Muda tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawap.


Baru - baru ini beberapa lokasi sekitar dun Sri Muda dilanda banjir yang agak luar biasa kerana sehingga melibatkan beberapa buah kampung dan pusat pemindahan juga terpaksa dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.YB Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajip agar dapat memastikan sistem peparitan disekitar dun Sri Muda dapat diselenggarakan dengan baik dan yang terpenting kerja - kerja menyelenggara bukan hanya dijalankan apabila banjir berlaku namun akan tetapi ia harus sentiasa diselenggarakan kerana peparitan di kawasan dun sri muda dipenuhi dengan hidupan yang begitu subur yang mana menjadi penyebab utama sistem peparitan sering tersumbat.

























No comments: