Friday, May 21, 2010

YB. SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AS-SUFLA KAMPUNG BUKIT LANCHONG



BUKIT LANCHONG - Keperihatinan serta tanggungjawap Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dalam memastikan kebajikan rakyat disemua peringkat mendapat pembelaan dan kesamarataan terus menjadi agenda yang di utamakan.

Bermula selepas memenangi pilihanraya Mac 2008 sehingga ke hari ini ia terus berjalan lancar. Antara yang menjadi keutamaan adalah didalam bidang pendidikkan kerana pembentukkan sesuatu bangsa itu adalah bermula dari awal persekolahan.

Demi memastikan pelajar pelajar sentiasa berada didalam situasi yang tenang dan menyeronokkan ketika berada dalam kelas perkara penting yang harus dititik beratkan adalah persekitaran sekolah serta bilik kelas dalam keadaan baik dan sempurna.

YB Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa mengambil berat berkenaan dengan pendidikkan dikawasan yang beliau wakili kerana dengan pendidikan yang sempurna ia mampu untuk melahirkan generasi yang lebih berdaya saing selain menghindari generasi baru dari terlibat dengan perkara perkara yang tidak berfaedah.

Sehubungan dengan itu baru baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dengan membuat satu lawatan dan kunjungan ke Sekolah Rendah Agama Al - Sufla Kampung Bukit Lanchong seterusnya menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM3000.

YB Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar sumbangan yang dihulurkan dapat membantu pihak sekolah dalam menjayakan dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah serta PIBG. Sumbangan ini juga adalah untuk menaiktaraf pagar sekolah demi memberikan keselesaaan kepada semua pelajar yang mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut.

Sekitar majlis yang diadakan pada minggu lepas:


YB. Shuhaimi disambut oleh para pelajar yang sabar menunggu di hadapan pintu masuk sekolah

YB. Shuhaimi sempat menyampaikan ucapan dan motivasi pada semua pelajar. Cerita pelita minyak tanah dan 'jelaga' menarik perhatian pelajar

Menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar, Ustaz Rafzi sambil diperhatikan oleh Setiausaha JKKK Kampung Bukit Lanchong

Berbincang sesuatu dengan Tuan Haji Azman, YDP PIBG sekolah As-Sufla sambil disaksikan oleh Guru Besar dan AJK JKKK Kampung Bukit Lanchong

Sekretariat Dun Sri Muda -Az

No comments: