Sunday, May 2, 2010

TINJAUAN DI SEKITAR BT 7 & 8 BUKIT KEMUNING

Bukit Kemuning - Hari ini YB Shuhaimi meluangkan masa lebih 3 jam melihat serta meninjau sendiri permasalahan di sekitar Bt 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning. Permasalahan seperti sampah sarap buangan warga asing, ketiadaan tong sampah Roro dan longkang tersumbat merupakan antara permasalahan berulang yang dilaporkan masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang berwajib,

Kehadiran serta merta beberapa pegawai MBSA atas permintaan YB Shuhaimi sedikit melegakan penduduk yang masih dibelenggu masalah berulang yang tiada kesudahan. YB Shuhaimi juga menghubungi Pengurus Besar Alam Flora dan Dato Bandar bagi memaklumkan berkenaan permasalahan tersebut dan mereka berjanji akan menyelesaikan perkara tersebut segera.




Selain itu juga masalah lain seperti jalan berlubang dan hakisan tanah juga dibangkitkan oleh penduduk sekitar Bukit Kemuning, mereka mengadu tentang kerja-kerja penurapan jalan yang tidak mengikut piawai yang betul dan banjir yang semakin kerap berlaku. Dipercayai punca kepada banjir ini adalah disebabkan oleh pembinaan lebuhraya baru sekitar kawasan terlibat dimana 4 kolam takungan telah 'hilang' disebabkan pembinaan lebuhraya ini.

Sehingga berita ini ditulis, sebanyak 5 kali lori sampah berulang alik yang mana sampah ini dipindahkan oleh kontraktor Alam Flora yang turun membantu keesokkannya. Tahniah pada Alam Flora yang bertindak cepat dan penduduk mengharapkan agar mereka dibekalkan tong sampah memandangkan laluan sempit menyukarkan lori kontraktor Alam Flora memasukinya terutama di laluan Lot 1935.



Dikesempatan itu juga YB Shuhaimi meluangkan masa bertemu serta bertanya khabar penduduk sekitar Bukit Kemuning, kesempatan ini juga digunakan oleh penduduk untuk meluahkan sendiri permasalahan mereka kepada YB Shuhaimi seperti masalah bil air Syabas yang tinggi selepas menukar kersakan meter dan berharap agar YB dapat membantu mereka.

Lawatan susulan akan diadakan pada 10hb Mei depan bersama MBSA dan Alam Flora

Saketeriat Dun Sri Muda -Az

No comments: