SRI MUDA - Demi kesejahteraan semua golonggan masyarakat yang berada didalam kawasan yang diwakili ,YB Shuhaimi Hj Shafiei akan terus berusaha untuk menjejaki goloonggan yang kurang berkemampuan agar dapat dibantu.Shuhaimi Hj Shafiei sering meluangkan masa beliau untuk menjejaki golonggan sasaran dengan meninjau dan bertemu sendiri meraka - meraka yang tidak berkemampuan kerana dengan cara sedemikian dapat memberikan ruang yang lebih besar kepada beliau dan rakyat untuk berkongsi dan bertukar tukar maklumat dan pendapat selain menambahkan kemesraan antara beliau dengan rakyat.
Selaku wakil rakyat yang telah di amanahkan Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa berusaha tanpa mengenal erti jemu dan puas kerana masih ramai lagi golonggan yang kurang berkemampuan tidak menerima bantuan dari pihak yang bertanggungjawap.Selaku Adun beliau akan terus berusaha memenuhi dan membantu mereka - mereka kurang berkemampuan agar golonggan tersebut mendapat keselesaan di kemudian hari selagi beliau masih bergelar seorang Adun.
No comments:
Post a Comment