Wednesday, June 27, 2012

KEKUATAN UMNO SELANGOR HANYA LAYAK UNTUK MENANGGUK DI AIR YANG KERUH!

KEADILAN Selangor tidak berasa hairan dengan sikap ditunjukkaan oleh Dato' sri Mohd Zin Mohamed; Setiasausaha UMNO Selangor berhubung Geran Selangorku di akhbar Sinar Harian, Rabu 27 Jun 2012 hari ini.

Semenangnya itulah sikap UMNO, hanya menjadi juara 'menangguk di air yang keruh' demi cita cita politik mereka.

Seperti yang telah disebutkan KEADILAN Selangor minggu lepas, UMNO akan mengambil ruang dan akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada jika dapat menghidu sedikit perbezaan pandangan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat untuk melaga lagakan pimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim dan KEADILAN Negeri Selangor yang diketuai oleh YB Azmin Ali. Percayalah, usaha itu tidak akan berhasil!

Belanjawan Geran Selangorku yang 1/6 peruntukannya adalah untuk kerja kerja infrastruktur dituduh UMNO sebagai kononnya untuk kepentingan politik PR. Jawapan KEADILAN Selangor kepada Mohd Zin, apakah tujuan peruntukan 1Malaysia yang dijaja ke seluruh negara itu bukan untuk kepentingan politik UMNO BN? Apakah matlamat utamanya? Siapakan yang membekal ikan Kepada kedai 1Malaysia? Bukankah Kedai Rakyat 1Malaysia itu memberi peluang kepada kroni UMNO? Geran selangorku, satu sen pun tidak masuk ke kantung KEADILAN Selangor!

Inilah UMNO, mereka buat sedikit bantuan kepada rakyat, tetapi berpuluh lagi bantuan, adalah kontrak kepada kroni UMNO! Berbeza dengan matlamat Geran Selangorku.

Jika Mohd Zin mendabik dada kononnya UMNO Selangor berhak bertanya dari mana Geran Selangorku bernilai RM300juta itu, maka KEADILAN Selangor juga ingin bertanya, kemana suara Mohd. Zin dan UMNO Selangor bila syarikat Talam berhutung dengan kerajaan negeri zaman kerajaan BN dahulu?

Siapakah yang 'berhasrat menyembunyikan' hutang tersebut untuk mendapat laba kemudiannya? Kemana Mohd Zin dan UMNO Selangor sembunyi muka bila kes NFC dibongkar? Duit pinjaman oleh seorang suami menteri untuk tujuan ternak lembu dibuat pelaburan dalam pembelian hartanah! Apakah UMNO Selangor buta, pekak dan bisu?

Kepada UMNO Selangor, usahlah bersikap 'kuman di seberang laut jelas kelihatan, gajah di depan mata buat buat rabun, tidak nampak dan akhirnya buta!'

Saya cabar Mohd Zin, jika hebat sebagai bekas Menteri Kerjaraya dari UMNO, dapatkanlah hak rakyat negeri ini tambahan bajet pembaikan infrastruktur jalan persekutuan. Lihat sendiri berapa banyak jalan jalan persekutuan tidak dibaiki di Selangor! Kenapa perlu sekat peruntukan ini? Nasib baik ada. Geran Selangorku yang sedikit sebanyak menampung kekurangannya. Sengaja tidak memberi peruntukan agar kerajaan PR Selangor nampak buruk dimata rakyat dengan menyekat dana pembaikan jalan persekutuan di negeri Selangor, adalah tindakan yang sama zalimnya dengan menyekat kemudahan pinjaman PTPTN pelajar baru baru ini.

Ia tindakan orang yang bangkrap politik dan tidak diterima dalam masyarakat politik matang.

Dato Mohd Zin tidak perlu bersusah payah cuba mengajar, dalam PR kami semua tidak seperti pimpinan UMNO yang hanya angguk, jika ada keperluan memberi teguran pada pimpinan, hatta kepada Menteri Besar sekalipun, kami tidak malu malu bertanyakan terus kepadanya tanya sembunyi sembunyi seperti UMNO yang menikus bila jalan jalan persekutuan di Selangor tidak diberi dana selengara dengan sepenuhnya. Bahkan lebih memalukan, ada menteri kabinet dari Selangor yang suka menyekat apa juga peruntukan dari persekutuan kepada rakyat di Selangor. Sikap UMNO Selangor ini amat jijik, supaya matlamat untuk memburukkan kerajaan PR Selangor tercapai, mereka sanggup menyekat keperluan pendidikan mahupun kemudahan jalan supaya rakyat kembali menyokong UMNO. Mual sungguh tindakan ini.

Jika UMNO hebat sangat memperjuangkan hak rakyat, saya cabar UMNO Selangor bertanya kepimpinan kerajaan persekutuan kenapa hutang Tajudin Ramli RM480juta boleh dilupuskan? Tidakkah itu duit rakyat? Atau adakah ia duit UMNO yang dirompak dari rakyat? KEADILAN Selangor ingin sekali mendengar Mohd Zin bertanya di Dewan Rakyat, bila pinjaman yang disalah guna oleh suami bekas menteri akan dikembalikan? Beranikah Mohd Zin?

Kepada pimpinan UMNO Selangor, berhentilah untuk melagakan pimpinan KEADILAN Selangor dengan kerajaan negeri kerana ia tidak akan berjaya. KEADILAN Selangor dapat membezakan mana satu sahabat seperjuangan, siapa pula musuh politik yang sering bermain wayang kononnya berjuang untuk rakyat. UMNO lah juara penipunya!

Kepada Mohd Zin, KEADILAN Selangor ingin berpesan; bukan selalu 'menahan lukah di pergentingan dapat ikan, adakalanya juga dapat ular yang berbisa'. Silap haribulan, 'lukah yang di pasang UMNO, terkena pula pimpinan UMNO negeri yang lain seperti di Ampang'. Hati hati Dato, tunggu sahaja sampai lukah itu penuh!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: