Loading...

Friday, June 8, 2012

KHALID NORDIN PERLU DIPECAT

Kenyataan Media
08 Jun 2012
 
KHALID NORDIN PERLU DIPECAT
 
Saya mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidkan Tinggi dengan segera.
 
Tindakan beliau membatalkan pinjaman PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL) merupakan tindakan berunsur politik yang jelas menunjukkan betapa rendahnya kematangan dan profesionalisme beliau.
 
Semata-mata untuk menjadikan diri sebagai wira UMNO, beliau sudi menggadaikan masa depan mahasiswa. Malang lagi, tindakan beliau disokong dengan kuat oleh timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
 
Permainan politik sebegini tidak boleh diterima oleh rakyat Selangor dan Malaysia secara amnya. Kekecewaan saya amat tinggi kerana tindakan beliau telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa sambil meningkatkan keresahan ibubapa yang inginkan pendidikan sebagai penjamin masa depan cerah bagi anak mereka.
 
Sebagai usaha jangka pendek untuk membantu mahasiswa dan ibu bapa mereka, Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia untuk mengumpul sebanyak RM30 juta bagi tujuan bantuan kewangan pelajar.
 
Tindakan Khaled telah dibatalkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, jika beliau tidak dihukum dan dibiarkan terus bertugas sebagai menteri, ini membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak mengambil perkara ini dengan serius. Ia juga membuktikan bahawa Kerajaan
Persekutuan di bawah UMNO jelas tidak tahu membezakan pentadbiran negara dengan kepentingan parti politik.
 
Walau apapun perbezaan politik dan idea di antara kita, masa depan negara tidak patut dipergunakan sebagai alat politik dan mahasiswa dijadikan mangsa. Khaled Nordin telah merentasi garis yang melampau dan oleh demikian mesti dipecat dengan segera!


Yb Elizabeth Wong


Diedarkan oleh:
Pejabat Penerangan
KEADILAN Selangor.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: