Tuesday, November 20, 2012

DAKWAAN NOH OMAR (NOH UDANG) TIDAK BERASAS DAN MENGELIRUKAN; TERMASUK OTAK ORANG UMNO SENDIRI

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.

"PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

"Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat," katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

"PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media," katanya lagi.
 
  
NOOR ALLIA KASSIM
Bahagian Perhubungan Awam,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS

_______________________________________________________________________


Wm:
Sejak bila UMNO BN buat tuduhan pakai otak? Dan sejak bila tak guna fakta yg dipesongkan demi politik kotor mereka??? Umno selamanya penipu; penipu besar dan munafik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: