Loading...

Wednesday, November 21, 2012

Putar Belit BN kes TALAM sudah masuk tong sampah!

Shah Alam:


USAHA kerajaan PR Negeri Selangor merungkai isu hutang syarikat swasta yang membebani anak syarikat kerajaan negeri wajar dipuji.

Tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang syarikat Talam Corporation mencerminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan negeri terhadap ekonomi dan kelangsungan pembangunan untuk rakyat.


Bagaimanapun, usaha serius kerajaan negeri cuba dijadikan isu oleh pemimpin BN di Selangor dan diperbesarkan media arus perdana bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membantu menyelesaikan hutang Talam.

Berikutan itu menyebabkan ada rakyat yang kurang faham diperalatkan pemimpin UMNO-BN Selangor untuk mendesak kerajaan negeri supaya turut melangsaikan hutang rumah mereka.
Bagi mereka jika kerajaan negeri boleh melunaskan hutang Talam, tidak ada sebab kerajaan negeri enggan membantu bagi meringankan beban hutang rakyat.

Empat perkara fundemental isu Talam

Bagi menjawab pelbagai tuduhan dan persoalan yang dibangkitkan itu, kerajaan negeri mengeluarkan Kertas Putih dan diedarkan kepada umum termasuk wartawan. Melalui penelitian dan analisis yang dijalankan, terdapat empat perkara fundemental yang menjelaskan segalanya.

Pertama, lambakan hutang Talam membuktikan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN terdahulu gagal mengurus hutang negeri dengan baik. Hutang Talam itu terbongkar hasil usahasama syarikat itu dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Permodalan Nasional Berhad (PNSB) antara 1994 dan 2002. Pada masa sama, Talam juga berhutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PYSB/UNISEL) antara 2001 dan 2003.

Objektif pelunasan hutang Talam yang bertujuan menjaga kepentingan dan survival anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dalam meyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat rakyat jugva perlu menjadi perhatian.

Tuduhan tidak berasas bahawa kerajaan negeri “menyelamatkan” Talam menggunakan wang rakyat adalah tidak benar dan meleset sama sekali kerana Talam membuat akujanji akan menyelesaikan semua hutang dengan memindahkan asetnya kepada MBI.

Kerajaan negeri hanya membelanjakan satu peratus atau RM420,000 wang MBI untuk menjelaskan hutang Talam berjumlah RM392 juta untuk yuran perundangan dan faedah bank.

Dan bagi memastikan hutang Talam terhadap anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dibayar, mulai 2009, kerajaan negeri mengambil inisiatif melalui Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA).

GSA dan peranan dalam proses pengambil alihan hutang Talam.

GSA adalah perjanjian membayar balik bagi membolehkan Talam membuat akujanji melunaskan tunggakan hutangknya yang dilakukan melalui pemindahan aset mereka kepada MBI.

Ini bermakna, anak syarikat kerajaan negeri (GLC) tidak perlu lagi menuntut hutang mereka daripada Talam yang dilakukan secara berasingan. Ia sekaligus memberi ruang mudahcara secara langsung mengukuhkan prestasi kewangan syarikat GLC.

Bagaimana hutang Talam dilunaskan?

Melalui GSA, Talam melunaskan hutangnya dengan menyerahkan aset sedia adanya kepada MBI antaranya seperti tanah di Bukit Beruntung, Bestari Jaya dan Danau Kota. Aset berbentuk tanah itu dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan penilai swasta.

Hasil daripada pengambilalihan hutang ini, MBI bersetuju menyediakan pampasan kepada GLC  sebagai balasan hutang Talam yang dilunaskan. Ia membabitkan sejumlah RM248.7 juta kepada UNISEL, geran khas sebanyak RM115 juta kepada KHSB dan RM28 juta kepada PNSB.
Pampasan itu diberi dalam bentuk wang dan aset.

Jelas, isu yang diputa belit BN itu sudah masuk tong sampah. Persoalannya, adakah keceluparan dan sikap angkuh BN sehingga kini sekadar membuktikan mereka kemaruk kuasa? 

Walhal, sikap membutakan mata ke atas kacau bilau urus tadbir dan ekonomi negeri yang dilakukan sebelum ini  mampu melingkupkan ekonomi negeri dan rakyat. Tahniah buat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor! 


No comments: