(Selangor
mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak
dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku
keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Jumlah itu
adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan
bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai
dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang) – MALAYSIAKINI 23/November 2012.
(Peningkatan daftar pemilih baru mendadak di Selangor adalah perkara
biasa memandangkan negeri terkaya di Malaysia tersebut menarik ramai
orang yang mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik, kata pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Abdul Aziz
juga memuji status negeri Selangor dan mengganggapnya sebagai paling
popular dikalangan rakyat Malaysia, serta menambah ramai pengundi
tertarik dengan peluang pekerjaan dan tinggal disitu.
“Seluruh Malaysia, daripada 2008 hingga 2012 terdapat tiga juta pengundi baru telah didaftarkan.) – MALAYSIANINSIDER 25 November 2012.
Ramai pembaca bertanya kenapa tulisan saya agak pesimis. Saya dilihat
membawa ayat-ayat songsang apabila membuka surah tentang PRU 13. Saya
menghitamputihkan kegagalan Pakatan Rakyat dalam perjalanan ke
Putrajaya. Malah saya juga menulis kerjaaan Pakatan di Selangor akan
jatuh.
Biar saya terangkan bahawa ayat-ayat songsang dalam surah saya bukan
datangnya dari mimpi dan angan-angan. Surah yang saya bawa bukan
dibuat-buat dan direka-reka dengan niat untuk menidakkan keupayaan
Pakatan untuk mengambil alih pentabiran negara.
Berkali-kali saya nyatakan bahawa sokongan rakyat cukup ampoh untuk
membawa Pakatan ke Putrajaya. Peningkatan sokongan tidak padam-padam –
membara dan merebak. Malah lebih lewat PRU 13 dijalankan lebih molek
untuk Pakatan kerana sentimen dan kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation semakin bertambah. Ini hakikat. Ini realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata kita.
Saya
berhujah dengan menggunakan data dan maklumat kajian Dr Ong Kian Meng
dari MERAP (Malaysian Electoral Roll Analysis Project) – badan yang
mengkaji dan meneliti senarai nama pemilih. Saya juga meneliti laporan
dari SPR sendiri. Saya juga mengumpul maklumat dari kenyataan ahli
Parlimen dan pemimpin Pakatan. Saya juga membuka mata dan telinga untuk
mendengar kenyataan menteri.
Justeru, jangan lupa kenyataan YB Mahfuz Omar tentang ‘special force’
yang ditubuhkan untuk memberi kad pengenalan kepada warga Indonesia,
Bangladesh dan Myamar. Malah mengikut kenyataan Mahfuz, dia tahu di
pejabat mana operasi sulit lagi jahat, berjalan dan tahu nama Datuk dan
Tan Sri yang mengepalainya.
Pembaca jangan lupa dengan kenyatan Timbalan Presiden PAS yang
menerangkan bahawa projek menambah pengundi yang sedang dijalankan di
Selangor berasaskan kejayaan United Malays National Organisation
merampas kembali Terengganu. Malah Tuan Haji Mat Sabu secara terbuka
menerangkan ‘projek tawan Selangor’ dikepalai Idris Jusuh, bekas MB
Terangganu.
Pembaca jangan sesekali lupa kenyatan ‘tergempar’ Najib Razak pada 29
Januari lalu. Di hadapan belia yang dikumpul, dikepong dan diupah
datang – Najib berkata “Putrajaya akan dipertahankan sampai ke titisan darah terakhir…” Ini
ucapan Najib awal tahun ini. Semenjak itu semua gerak kerja Najib dan
konco-konconya ialah merancang untuk memastikan terus berkuasa. Untuk
saya, semua ini bukti perancangan jahat sedang diatur untuk menggagalkan
Pakatan ke Putrajaya.
Jika pembaca masih lagi was-was dan kurang yakin, maka mari baca dan
fahami maklumat terbaru dari kerajaan Pakatan Selangor. Awal tahun ini,
kerajaan Selangor mengeluarkan dana untuk meneliti senarai nama
pengundi. Pegawai dan pertugas pergi menyiasat dari pintu ke pintu.
Tujuan untuk melihat siapakah hamba Allah yang namanya ada tertulis
dalam Daftar Pemilih Induk Suku Keempat Tahun 2011 yang dikeluarkan SPR.
Ini adalah kajian yang paling rapi lagi menyeluruh keatas nama senarai pengundi di Selangor. Hasilnya ditemui 134,675 nama pengundi baru yang TIDAK dikenal pasti. Angka ini 28 peratus dari 497,804 pemilih baru yang mendaftar. Justeru, kerana fakta ini saya yakin – hantu akan mengalahkan Pakatan di Selangor.
Ini adalah kajian yang paling rapi lagi menyeluruh keatas nama senarai pengundi di Selangor. Hasilnya ditemui 134,675 nama pengundi baru yang TIDAK dikenal pasti. Angka ini 28 peratus dari 497,804 pemilih baru yang mendaftar. Justeru, kerana fakta ini saya yakin – hantu akan mengalahkan Pakatan di Selangor.
Awas! Jangan terperanjat. Penambahan hantu yang paling ketara ialah
di DUN Serdang. Jangan senyum kerana ini ialah kawasan Datuk Satim Diman
– Ketua Pembangkang Selangor. Pak Satim ini menempah baju Melayu baru
kerana bagitu yakin dengan 9,000 ekor hantu di Serdang dan puluh ribu di
kawasan lain Pak Satim akan naik takhta sebagai MB Selangor yang baru.
Hantu-hantu
muncul dari pelbagai bentuk kubur. Di Subang Jaya, lebih 8,000 hantu
sedang disediakan untuk Hannah Yeoh – DAP, di Hulu Kelang lebih 5,000
hantu untuk Saari Sungib – PAS, lebih 4,000 hantu muncul di Bukit Lanjan
untuk mengancam Elizabeth Wong – PKR, di Kinrara (Teresa Kok – DAP),
Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Kota Damansara (Nasir Hashim – PSM), Sri
Muda (Shuhaimi Shafiei) dan Taman Medan (Haniza Talha) – beribu-ribu
hantu diberi kad pengenalan biru untuk mengundi.
Projek ini, mengikut Tuan Haji Mat Sabu dipanggil Projek Terangganu –
kerana taktik itu dipakai dengan jayanya untuk mengalahkan kerajaan PAS
Terangganu pada 2004. Laporan kajian senarai nama pengundi ini
disampaikan olehMB Selangor secara rasmi kepada Ahli Dewan Undangan
Negeri Selangor yang sedang bersidang. Pengerusi SPR dengan cepat
menjawab. Pengerusi SPR yang juga ahli United Malays National Organisation berselindung di belakang undang-undang dan peraturan.
Mengikut Pengerusi SPR, semua hantu-hantu boleh mengundi walaupun
polong dan hantu ini tidak diketahui hujung pangkalnya. Hantu-hantu ini
disahkan kerana mengikut peraturan SPR: Jika nama hantu ini ada dalam
senarai pengundi, maka hantu ini boleh mengundi.
Nah! Inilah bukti sahih yang saya kata berpuluh-puluh kali. Saya
mengatakan bahawa yang dilawan oleh Pakatan bukan Barisan Nasional
tetapi satu sistem dan peraturan yang diwujudkan khusus untuk memastikan
United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan terus
berkuasa. Memang betul mengikut undang-undang 134,675 ekor hantu ini
boleh mengundi. Undang-undang dan peraturan seperti inilah yang
diwujudkan oleh SPR untuk memastikan Pakatan gagal mengambil alih
pertabiran.
Sayugia diingatkan bahawa ada berpuluh-puluh undang-undang kecil dan
peraturan yang direka untuk memastikan Pakatan akan gagal ke
Putrajaya. Jumlah 134,675 ekor hantu ini hanya ditemui di Selangor.
Bagaimana di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan? Berapa ratus
ribu lagi hantu, pelesit dan jembalang yang sedang disusun untuk masuk
mengundi.
Najib Razak juga mencelah untuk menepis laporan rasmi kerajaan
Selangor. Mengikut kata Najib – di Amerika – negara maju – senarai
pengundinya pun tidak bersih. Apabila terbaca jawapan Najib, saya tidak
tahu sama ada nak terkentut atau nak terberak. Kalau rakyat Amerika
bangang dan senang ditipu, tidak semestinya orang ramai di Malaysia
sedia jadi bangang untuk ditipu oleh SPR. Kalau Najib bangang tidak
semestinya Satu Malaysia mesti bangang sama.
Ingin saya memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia tidak ada
sangkut paut dengan demokrasi. Pembuangan undi lima tahun sekali bukan
bermakna sistem pilihan raya itu adil dan bersih. Peraturan dan
undang-undang kecil sengaja diwujudkan bukan untuk demokrasi tetapi
untuk menyusah orang ramai dari membuat pilihan yang tepat.
Pilihan raya Malaysia bukan tentang hak asasi atau hak memilih
pembuat undang-undang yang terbaik untuk dihantar ke Parlimen. Di
Malaysia pilihan raya ialah sandiwara untuk mengabui mata orang ramai.
Hukum dan undang-undang dilulus di Parlimen menghalalkan United Malays
National Organisation dan kuncu-kuncu-nya untuk merembat harta kekayaan.
Rompakan siang hari tanpa dakwa dakwi berjalan berlandaskan
undang-undang yang mereka luluskan. Undang-undang SPR hanya satu contoh.
Sebuah NGO – Tindak Malaysia – memberi latihan PACHABA – pemerhati dan pengira undi. Tindak memerlukan 300,000 sukarelawan di hari pengundian. Jom Pantau sebuah lagi NGO memerlukan 50,000 sukarelawan untuk memantau di hari mengundi. Ini belum dikira lagi beratus ahli Pakatan yang akan mengawal bakal calon dari dibeli atau diculik oleh gerombolan upahan United Malays National Organisation.
Sebuah NGO – Tindak Malaysia – memberi latihan PACHABA – pemerhati dan pengira undi. Tindak memerlukan 300,000 sukarelawan di hari pengundian. Jom Pantau sebuah lagi NGO memerlukan 50,000 sukarelawan untuk memantau di hari mengundi. Ini belum dikira lagi beratus ahli Pakatan yang akan mengawal bakal calon dari dibeli atau diculik oleh gerombolan upahan United Malays National Organisation.
Semua
ini dilakukan untuk memastikan kita tidak ditipu. Semua ini belanja
pendemokrasian yang tinggi. Justeru, saya ada cadangan pendemokrasian
yang lebih murah. Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya. Memorandum
telah disampaikan, laporan polis telah dibuat, cadangan telah diajukan.
Semuanya gagal. Tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Tanah rakyat terus
dirampas. Alam sekitar terus dirobek. Balak terus dirompak.
Masanya telah sampai untuk ke jalan raya. Anak semua bangsa menuntut
pilihan raya adil dan bersih. Anak semua bangsa sebaris menentang
rampasan tanah. Anak semua bangsa menuntut Lynas ditutup. Himpunan
Kebangkatan Sejuta Rakyat 12 Januari adalah perjuangan pendemokrasian
untuk membuka luas ruang demokrasi.
Kita bertemu di jalan raya sekali lagi.
No comments:
Post a Comment