Wednesday, December 12, 2012

Bendera KEADILAN berkibar di bumi Gaza!

Adun Sri Muda kibar bendera KEADILAN di Gaza

(Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 10 dis: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie mengibar bendera parti di bumi Gaza ketika menyertai perarakan sambutan ulang tahun Hamas yang ke-25 di Palestin.

“Saya mewakili KEADILAN Selangor bersama lima anggota Cabang Kota Raja mengikuti rombongan Persatuan Tadika Islam Malaysia ke Gaza.

“Saya turut berarak dan kibar bendera KEADILAN sebagai tanda sokongan kepada Hamas,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau yang berada di Palestin antara 5 hingga 13 Disember turut menemui Perdana Menteri Palestin, Ismael Hanyieh dan pemimpin utama Hamas, Khalid Masyeal yang kebetulan berada di hotel yang sama.

Shuhaimi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Selain KEADILAN, bendera PAS juga berkibar di Gaza mengiringi sempena program sama.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40961

No comments: