Saturday, January 5, 2013

Arahan berhenti kerja bagi projek Kingsley Hills dikeluarkan


Pihak bomba melihat sama ada terdapat mangsa di dalam kereta yang dihanyut oleh lumpur

Pihak bomba melihat sama ada terdapat mangsa di dalam kereta yang dihanyut oleh lumpur

SUBANG JAYA – Majlis Perbandaran Subang Jaya mengeluarkan arahan berhenti kerja bagi projek pembangunan Kingsley Hills di Putra Heights yang menyebabkan tanah runtuh yang menimbus lima buah kereta dan sebuah van dengan tanah berlumpur.

Portal online www.sjecho.com.my melaporkan timbalan presiden MPSJ Abdullah Marjunid yang berada di tempat kejadian sejurus ia berlaku, sebagai berkata arahan berhenti kerja akan dikeluarkan secepat mungkin.

Pada 6 petang pada Khamis, limpahan lumpur mengalir daripada tapak pembinaan di mana rumah berkembar dibina dan kenderaan di Persiaran Putra Bahagia 500 meter dari balai polis Putra Heights,  dihanyutkan sejauh beberapa meter.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul yang berada di tempat kejadian dengan ketua Bomba Subang Jaya Mohd Khairi Daud memberitahu Bernama bahawa 10 orang staf daripada stesen Subang Jaya tiba di tempat kejadian dan membantu mangsa.

“Lapan orang terjejas apabila kenderaan mereka tertimbus oleh lumpur. Lima buah kereta dan sebuah van dipenuhi dengan pelajar terjejas dalam insiden itu.”

Seorang penunggang motorsikal diliputi dengan lumpur. Kesemua mangsa diselamatkan tetapi kereta-kereta yang terlibat mengalami kerosakan.

Mohd Sani berkata tanah runtuh berlaku di Bukit Cermin memasuki kawasan takungan berdekatan mengakibatkannya melimpah.

“Campuran air dan lumpur kemudian mengalir sejauh 20 meter ke jalanraya,” katanya.

Pemaju Kingsley Hills Sdn Bhd Tan Sri Barry Goh berkata projek perumahan yang meliputi kawasan seluas 40 hektar, bermula awal tahun lepas dan dijadual siap dalam tempoh lima tahun.

“Kita akan bincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” ujar beliau.

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie menggesa kerja-kerja pembinaan di kawasan itu diberhentikan supaya satu kajian dapat dijalankan.

No comments: