Thursday, January 17, 2013

Ops Tampal Jalan Seluruh Selangor


khalid-ibrahim
SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Negeri dengan kerjasama 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan ‘Ops Tampal Jalan’ di semua jalan di seluruh Selangor 
termasuk jalan persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam tempoh 1 Januari 2013 sehingga 15 Januari 2013, sepanjang 56 642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.

“Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor.

“Tindakan ini membuktikan keperihatinan Kerajaan Negeri memandangkan sebelum ini terdapat banyak aduan dan keluhan terhadap jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.

“Justeru Kerajaan Negeri menjalankan operasi ini termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan persekutuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco.

Disamping itu juga, rakyat Selangor digalakkan untuk membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 dan juga menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.

Setiap aduan ini akan diambil tindakan segera dan adakan direkodkan untuk tindakan susulan.
“Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu Kerajaan Negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan kita bersama,” ujar Abdul Khalid lagi.


No comments: