Friday, July 16, 2010

Malam Wanita Kota Raja Bersama Rakyat..

Wanita Keadilan Kota Raja telah berjaya menganjurkan Majlis Mesra Rakyat pada 10/07/2010 di Dewan MBSA Sungai Kandis.

Turut hadir meraikan majlis termasuklah YB. Zuraida Ahli Parlimen Ampang Jaya, merangkap Ketua Wanita Keadilan Pusat yang merasmikan program, YB Dr. Xavier ADUN Sri Andalas, merangkap Pengerusi Cabang Kota Raja, YB Shuhaimi Haji Shafiei ADUN Sri Muda, juga Timbalan Pengerusi Cabang Kota Raja, Ahli Majlis Perbandaran Klang E. Azmizam & En. PS Rajoo serta Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

Turut bersama adalah kepimpinan Wanita Cabang yang di ketuai oleh Pemangku, Puan Norhana Muhidin.

Gambar semasa program mengambarkan keceriaan semua pihak yang terlibat.



























Kenaikan 5-1 Tidak Perlu Jika BN Batal Apco, Sekat Rasuah, Basmi Pembaziran

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menaikkan harga bahan bakar dan gula tanpa mekanisma membantu golongan berpendapatan rendah, mahupun langkah mengetatkan perbelanjaan dan pembasmian rasuah.

Bekas Menteri Kewangan ini berhujah kerajaan Umno-BN seharusnya mengambil langkah proaktif memastikan golongan paling terkesan dengan kenaikan ini dibantu untuk menghadapi lonjakan harga keperluan asas ini.

Ini kerana kenaikan tersebut meninggalkan kesan berganda yang akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, di mana 75 peratus darinya adalah bumiputera yang kononnya dibela Presiden Umno itu.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia," tambah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu lagi.

Kenaikan harga barangan keperluan diumum secara mengejut oleh perdana menteri malam tadi, yang menurut beliau merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat.

Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen, manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi dan tertakluk kepada apungan secara terkawal.

Dalam pada itu, harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Kerajaan Persekutuan mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Pakatan Rakyat membidas rumusan yang dibentangkan Umno-BN kerana ia meminggirkan golongan berpendapatan rendah dan memberi kelebihan yang diberi kepada pemain-pemain industri, seperti Penjana Tenaga Bebas yang diberi subsidi korporat jutaan ringgit.

"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tegas Anwar.

Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas.

Bagaimanapun tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, kerana rekod menunjukkan defisit terus membengkak ke paras terbaru.

"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," jelas Anwar.

Sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding pembaziran, boros dan kebocoran dana rakyat yang berlaku dibawah pentadbiran BN.

Perdana Menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

"Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana menteri," kata Anwar.

"Bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta," jelas beliau lagi.


Sumber: TV Selangor




Selangor Tegas Atasi Curi Pasir, Rampas Peralatan & Tanah

Kesungguhan diiringi tindakan tegas yang dilakukan kerajaan Selangor dalam mengekang masalah curi pasir berjaya mengurangkan kejadian itu dari berleluasa berbanding ketika zaman pemerintahan kerajaan Umno Barisan Nasional.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud yang membandingkan rekod pengurangan kecurian pasir pada zaman pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding Umno BN.

“Kecurian pasir sebenarnya sudah kurang dan apakah kerajaan negeri sudah membuat pemantauan hari-hari dan rondaan, setiap-setiap pejabat daerah perlu membuat rondaan kerana untuk memulakan operasi satu pasir, ia mengambil masa.

“Ia tidak boleh mengambil masa satu dua jam. Bila kita jalankan rondaan kalau ada batu, dan kedua kita adakan kawalan secara statik,” katanya.

Selain meletakkan penguatkuasa kerajaan di kawasan yang disyaki berlaku kecurian pasir, kerajaan negeri juga mengerah anggota Rela bagi memantau kegiatan berkenaan.

Tawaran ganjaran RM55 000 bagi aduan sehinggakan kerajaan negeri dapat membanteras masalah kegiatan curi pasir.

“Kami memberi mereka elaun untuk mereka bersama-sama dalam 24 jam sehari maknanya kawasan itu ada kawalan,” katanya.

Kerajaan negeri menggunakan dua pendekatan berbeza dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pencuri pasir berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Bagi tanah kerajaan, kita masuk ke kawasan itu, ada sahaja mesin apa sahaja jentera di atas tanah kerajaan, kita rampas. Pada tahun lepas sahaja kita telah rampas 27 barang peralatan perlombongan pasir,” katanya.

Bagi kes kecurian pasir di tanah milik persendirian, kerajaan negeri tidak ada kuasa merampas barangan dan peralatan melombong pasir tetapi mengeluarkan Notis 7A dan 8B kepada pemilik tanah.

Kegagalan pematuhan kepada notis berkenaan, sama ada tidak berupaya memulih tanah atau gagal memberi penjelasan, membolehkan tanah mereka dirampas yang dibuat berdasarkan Notis 8A.

Untuk rekod, sebanyak 11 lot tanah dirampas setakat ini manakala 86 lagi lot tanah dalam proses tindakan sama.

Sumber: TV Selangor

Thursday, July 15, 2010

KAKITANGAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT TETAP TEGUH BERSAMA YB SHUHAIMI

SRI MUDA - Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda tetap bersemangat untuk meneruskan tugasan demi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya yang sekian lama di abaikan oleh pemerintahan yang terdahulu.Biarpun ujian yang cukup getir terpaksa dilalui selepas YB Shuhaimi dipanggil ke pejabat sprm namun akan tetapi ia tidak sama sekali melunturkan semangat kesemua kakitangan yang bertugas di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ( PKR ).Tidak sekadar YB Shuhaimi Yang dipanggil untuk memberi keteranggan dipejabat sprm namun akan tetapi baru - baru ini seorang kakitangan Pejabat Pusat Khidmat juga di arah hadir ke pejabat sprm untuk diambil keteranggan.

Biar apapun tekanan serta cara yang digunakan oleh pihak pembangkang di Negeri Selangor untuk mengganggu kesetabilan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak sama sekali akan melunturkan semangat serta keazaman kesemua kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda untuk teguh berjuang bersama YB Shuhaimi demi kesejahteraan Rakyat kearah Malaysia yang baru.



Dipejabat sprm ini kakitangan PKR Adun Sri Muda memberikan keterangan baru - baru ini


Antara rakan - rakan yang hadir memberikan sokongan kepada kakitangan PKR Adun Sri Muda
PONDOK MENUNGGU BAS PERSIARAN ANGGERIK MOKARA BERTUKAR MENJADI GERAI MAKAN MENJUAL ROJAK DAN CENDOL

KOTA KEMUNING - Tindakan seorang peniaga yang menjalankan perniagaan makanan berupa rojak dan cendol menjadikan sebuah pondok menunggu bas yang terletak di Persiaran Anggerik Mokara seperti gerai amat dikesali.Yb Shuhaimi Hj Shafiei yang sering menjadikan laluan tersebut sebagai laluan utama untuk ke kampung Jalan Kebun melahirkan rasa terkilan kepada pihak MBSA kerana sudah hampir 2 tahun aktiviti perniagaan tersebut berjalan seolah olah tiada tindakan yang diambil oleh pihak MBSA.Peniaga tersebut seperti mendapat keistimewaan serta kekebalan dari MBSA kerana peniaga tersebut seperti tidak melakukan sebarang kesalahan malahan ada ketikanya kelihatan kakitangan MBSA juga turut menjamu selera di lokasi tersebut.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat telah banyak kali mendapat runggutan dan aduan orang ramai kerana pihak MBSA akan bertindak tegas kepada penjaja penjaja kecil yang lain namun akan tetapi tindakan sama tidak diambil kepada peniaga yang menjalankan peniagaan di pondok bas tersebut.Persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai adakah peniaga tersebut mendapat keistimewaan dan pengecualian khas dari pihak MBSA atau ada sesuatu tangan ghaib yang melindungi peniaga tersebut.Selain dari lokasi yang dinyatakan diatas ada satu lagi lokasi yang mana tempat letak kereta dijadikan tempat menjalankan perniagaan akan tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak MBSA.








HARI INFORMASI DAN MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA & DUN BATU TIGA MERIAH

PPR HICOM - Sambutan luar biasa dari penduduk di ppr hicom seksyen 26,serta penduduk sekitar Shah Alam yang hadir di hari informasi dan mesra rakyat membuktikan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor semakin kukuh dan semakin diterima oleh seluruh rakyat Negeri Selangor .Program yang mendapat kerjasama yang cukup jitu tersebut adalah jalinan kersama diantara pejabat Adun Kawasana Sri Muda serta dari pejabat Adun Batu yang bertujuan untuk memberikan peluang dan ruang kepada rakyat untuk bertemu serta bermesra dengan Wakil Rakyat yangt mewakili mereka ia juga bertujuan menyalurkan sebarang bentuk iformasi terus kepada rakyat.

Keunikkan program tersebut adalah gabungan dua pejabat Adun iaitu Sri Muda dan Batu Tiga kerana perumahan ppr hicom terletak didalam kawasan Dun Sri Muda namun akan tetapi majoriti penduduk adalah pengundi di Dun Batu Tiga.Bertitik tolak dari itulah perlu diadakan satu program yang melibatkan kedua - dua pejabat Dun agar segala maklumat yang tepat dapat disampaikan terus kepada rakyat agar segala kemusykilan dapat di atasi dengan penuh berkhemah.Program pada hari tersebut telah di hadiri oleh YB Tuan Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda ) , Yb Puan Dr Hjh Siti Mariah Mahmud ( MP Kota Raja ) , YB Puan Rodziah ( Adun Batu Tiga ) dan Yb Tuan Khalid Samad ( MP Shah Alam ) ke empat empat wakil rakyat mencapai kata sepakat untuk meneruskan program seperti ini dimasa masa yang akan datang demi kesejahteraan kepada rakyat yang terbanyak.



Ada sesuatu yang diperkatakan oleh Yb Shuhaimi kepada Yb Dr Siti Mariah sambil diperhatikan oleh Hj Kamal

pengacara sedang menjalankan aktiviti bersama orang ramai yang hadir pada program tersebut
Pertunjukkan seni silat turut dipertuntunkan kepada tetamu yang hadir



Warisan Bangsa melayu yang tak lapok dek hujan tak lengkang dek matahari menarik minat pengunjung kecil yang hadir.


Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ucapan yang disampai oleh wakil rakyat mereka.



LAWATAN YBHG.PUAN SRI SALBIAH KE KILANG MEMPROSES MINYAK MASAK TERPAKAI


SRI MUDA - Baru - baru ini Ybhg Puan Sri Salbiah Bt Tunut isteri Dato Menteri Besar Negeri Selangor telah meluangkan masa melawat dan meninjau ke sebuah kilang yang memproses minyak masak terpakai terletak di Seksyen 33, Shah Alam dalam kawasan Dun Sri Muda.Sepanjang sesi lawatan tersebut pejabat Adun Sri Muda telah diwakili Oleh En.Tan Ah Kaw dan Puan Haslina Ghazali kerana YB Tuasn Shuhaimi Hj Shafiei menghadiri satu mesyuarat di SUK.



Disinilah terletaknya kilang memproses minyak masak terpakai mengunakan teknologi terkini.


Ybhg.Puan Sri Salbiah bergambar kenang - kenangan bersama kakitangan syarikat serta Wakil Pejabat Dun Sri Muda.

Kesemua Ahli yang hadir mendengar sesi penerangan dari wakil syarikat bagaimana proses kitar semula dijalankan.

Kelihatan En.Tan Ah Kaw mendengar penerangan dengan penuh teliti semasa sesi penerangan diberikan.



Sunday, July 11, 2010

Promosi Memborong Makanan Bulan Ramadhan

Pada pukul 9.00 pagi 04/07/2010 YB Shuhaimi Shafiei telah melaungkan masanya bersama-sama dengan pengusaha makanan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam ucapan YB, pengusaha di Jalan Kebun boleh mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya di seluruh negeri Selangor mahupun negara. Pihak kerajaan negeri sentiasa sudi untuk berikan bantuan dan dorongan untuk memajukan industri kampong walaupun di peringkat permulaan perlu mengharungi beberapa rintangan.

"Yang pasti, ada usaha pasti ada hasil" ungkapan YB dalam ucapan perasmiannya.












ADUN Sri Muda Tabah Menempuh Ujian

Lanjutan daripada temujanji pada 01/07/2010, YB Shuhaimi Shafiei menghadirkan diri di ibu pejabat SPRM kali ke-2 pada 2.00pm 05/07/2010.

YB dengan menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Menurut pandangan peguam Tetuan Shamsul Iskandar, beliau tidak nampak ada kesahihan wujudnya sebarang unsur jenayah daripada YB Shuhaimi Shafiei.

Sebaik sahaja YB habis soal-siasat, beliau menemui semua pemberita dengan yakin.





Langkah ke Putrajaya Menghadapi Ujian

Pada pukul 2.00petang 01/07/2010 ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei dengan diiringi oleh rombongannya konvoi ke Putrajaya, untuk menghadirkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, bagi menjelaskan beberapa isu yang dikatakan kononnya melibatkan beliau.

Rombongan penyokong yang hadir berikan sokongan gambar bersama di depan pejabat YB sebelum bertolak.

Sokongan padu diberikan juga oleh Ketua Angkatanmuda PUsat Tuan Shamsul Iskandar selaku peguam YB Shuhaimi .

ADUN Kota Anggerik YB Yakob Sapali turut ke Putrajaya berikan sokongan moral.

Tetuan Shamsul Iskandar dan kawan lamanya bertemu di sana.

YB tiba di depan pintu masuk SPRM dengan senyuman yakin beliau tidak bersalah.


En. Abdul Manaf menegur pegawai SPRM yang mnyergah agar kasar ke atas rombongan di mana pejabat SPRM adalah harta RAKYAT.

Pegawai SPRM menahan penyokong masuk untuk bertunggu dalam ruang tetamu bangunan SPRM kerana "Hari Ini Tutup".

Penyokong terus tunggu di depan pintu walaupun kononnya Ruang Tunggu Tetamu Tutup hari ini untuk memastikan YB selamat pulang.