Thursday, July 15, 2010

PONDOK MENUNGGU BAS PERSIARAN ANGGERIK MOKARA BERTUKAR MENJADI GERAI MAKAN MENJUAL ROJAK DAN CENDOL

KOTA KEMUNING - Tindakan seorang peniaga yang menjalankan perniagaan makanan berupa rojak dan cendol menjadikan sebuah pondok menunggu bas yang terletak di Persiaran Anggerik Mokara seperti gerai amat dikesali.Yb Shuhaimi Hj Shafiei yang sering menjadikan laluan tersebut sebagai laluan utama untuk ke kampung Jalan Kebun melahirkan rasa terkilan kepada pihak MBSA kerana sudah hampir 2 tahun aktiviti perniagaan tersebut berjalan seolah olah tiada tindakan yang diambil oleh pihak MBSA.Peniaga tersebut seperti mendapat keistimewaan serta kekebalan dari MBSA kerana peniaga tersebut seperti tidak melakukan sebarang kesalahan malahan ada ketikanya kelihatan kakitangan MBSA juga turut menjamu selera di lokasi tersebut.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat telah banyak kali mendapat runggutan dan aduan orang ramai kerana pihak MBSA akan bertindak tegas kepada penjaja penjaja kecil yang lain namun akan tetapi tindakan sama tidak diambil kepada peniaga yang menjalankan peniagaan di pondok bas tersebut.Persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai adakah peniaga tersebut mendapat keistimewaan dan pengecualian khas dari pihak MBSA atau ada sesuatu tangan ghaib yang melindungi peniaga tersebut.Selain dari lokasi yang dinyatakan diatas ada satu lagi lokasi yang mana tempat letak kereta dijadikan tempat menjalankan perniagaan akan tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak MBSA.






No comments: