HARI INFORMASI DAN MESRA RAKYAT DUN SRI MUDA & DUN BATU TIGA MERIAH
PPR HICOM - Sambutan luar biasa dari penduduk di ppr hicom seksyen 26,serta penduduk sekitar Shah Alam yang hadir di hari informasi dan mesra rakyat membuktikan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor semakin kukuh dan semakin diterima oleh seluruh rakyat Negeri Selangor .Program yang mendapat kerjasama yang cukup jitu tersebut adalah jalinan kersama diantara pejabat Adun Kawasana Sri Muda serta dari pejabat Adun Batu yang bertujuan untuk memberikan peluang dan ruang kepada rakyat untuk bertemu serta bermesra dengan Wakil Rakyat yangt mewakili mereka ia juga bertujuan menyalurkan sebarang bentuk iformasi terus kepada rakyat.
Keunikkan program tersebut adalah gabungan dua pejabat Adun iaitu Sri Muda dan Batu Tiga kerana perumahan ppr hicom terletak didalam kawasan Dun Sri Muda namun akan tetapi majoriti penduduk adalah pengundi di Dun Batu Tiga.Bertitik tolak dari itulah perlu diadakan satu program yang melibatkan kedua - dua pejabat Dun agar segala maklumat yang tepat dapat disampaikan terus kepada rakyat agar segala kemusykilan dapat di atasi dengan penuh berkhemah.Program pada hari tersebut telah di hadiri oleh YB Tuan Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda ) , Yb Puan Dr Hjh Siti Mariah Mahmud ( MP Kota Raja ) , YB Puan Rodziah ( Adun Batu Tiga ) dan Yb Tuan Khalid Samad ( MP Shah Alam ) ke empat empat wakil rakyat mencapai kata sepakat untuk meneruskan program seperti ini dimasa masa yang akan datang demi kesejahteraan kepada rakyat yang terbanyak.
Ada sesuatu yang diperkatakan oleh Yb Shuhaimi kepada Yb Dr Siti Mariah sambil diperhatikan oleh Hj Kamal
Pertunjukkan seni silat turut dipertuntunkan kepada tetamu yang hadir
No comments:
Post a Comment