Wednesday, July 28, 2010






JAMUAN MAKAN SANTAI BERSAMA KETUA JDM / RANTING,WANITA SRI MUDA


SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis jamuan makan santai bersama Ketua JDM /Ranting & Wanita Sri Muda.

Majlis yang dianjurkan oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat bertujuan untuk menghargai sumbangan ketua JDM / Ranting & Wanita yang banyak membantu petugas pejabat pusat khidmat rakyat untuk melancarkan lagi perkhidmatan kepada rakyat.

Shuhaimi Hj Shafiei didalam ucapannya melahirkan rasa terharu kepada semua ahli parti yang banyak membantu beliau sepanjang tugasannya sebagai wakil rakyat kerana sudah pasti kiranya tugasan sebagai wakil tiada bantuan dari ahli - ahli parti mana mungkin beliau mampu melakukannya bersendirian.

Shuhaimi Hj Shafiei juga melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada kakitangan pejabat pusat khidmat rakyat yang telah menganjurkan majlis jamuan makan santai yang telah dirancang tanpa pengetahuan beliau tetapi berjaya menggumpulkan hampir kesemua ketua- ketua jdm/ranting yang terletak didalam kawasan Dun Sri Muda yang mana turut disertai oleh ahli keluarga masing masing.



SDR KHAIRULAZAM MEMIMPIN BACAAN DOA DIMAJLIS PADA MALAM TERSEBUT




SEMOGA KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA PAKATAN RAKYAT BERTAMBAH KUAT DAN JITU KATA SHUHAIMI HJ SHAFIEI



RUANG MAKAN UTAMA DIPENUHI OLEH SEMUA TETAMU YANG BHADIR



SDR HISHAM,KETUA RANTING JLN KEBUN MENERIMA CENDERAHATI DARI SHUHAIMI HJ SHAFIEI



ORANG KUAT BATU 4, LADANG HARUN EN. ALAGAN TURUT MENERIMA CENDERAHATI PADA MALAM TERSEBUT

Sekretariat Dun Sri Muda

No comments: