Wednesday, July 28, 2010



RAKYAT DAN PENGUNDI KOTA RAJA SUDAH MUAK DENGAN LAKONAN UMNO & BN

SUNGAI KANDIS - Kehadiran rakyat dari pelbagai kaum diceramah isu semasa anjuran Penerangan PKR Kota Raja baru - baru ini adalah satu mesej yang cukup jelas yang rakyat semakin kukuh menyokong Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Hampir setiap hari media yang pro umno dan bn menyerang dan mereka - reka cerita dengan tujuan agar rakyat akan membenci dan menolak pakatan Rakyat pada PRU13 nanti namun akan tetapi semua usaha dan niat jahat parti pembangkang di Negeri Selangor itu hanyalah sia sia sahaja.

Ceramah yang berlangsung baru baru ini bukan sahaja dihadir oleh satu kaum sahaja namun akan tetapi dihadiri oleh semua kaum dan kesemua yang hadir menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan akan tetap terus menyokong Pakatan Rakyat pada pru13.

Sokongan yang berterusan kepada Pakatan Rakyat adalah kerana sepanjang 2 tahun pemerintahan di Negeri Selangor rakyat telah banyak menerima imbuhan dan pelbagai kemudahan yang telah dijayakan oleh Pakatan Rakyat antaranya AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.

Mana mungkin rakyat boleh diperbodohkan lagi oleh parti pembangkang umno & bn yang telah membuat banyak kesilapan dan pembohongan kepada rakyat di Negeri Selangor.

Antara pemimpin yang hadir dan menyampaikan ucapan adalah YB.Shuhaimi Hj Shafiei, YB. Dr Xavier Jayakumar, YB Dr Siti Mariah Mahmud, YB Abdullah Sani serta Ybhg. Samsul Iskandar


Tekun memberikan tumpuan di pentas




Ada sesuatu yang diperbincangkan antara kedua mereka ini

YB Shuhaimi menyampaikan ceramah pembuka tirai

Sdr Samsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda


YB Abdullah Sani yang menghangatkan lagi Dewan MBSA Sg Kandis

YB Dr Mariah semakin bersemangat

Sekretariat Dun Sri Muda

No comments: