JALAN RAYA BERNILAI LEBIH RM20 JUTA YANG DIBINA KETIKA ZAMAN PEMERINTAHAN UMNO & BN ROSAK TERUK MENGANCAM KESELAMATAN DAN TELAHG MERAGUT NYAWA,
JOHAN SETIA - Kerosakan sepanjang Jalan Johan Setia semakin membimbangkan kerana telah mengorbankan nyawa beberapa orang penguna yang menggunakan jalan tersebut. Jalan Johan Setia tersebut telah dibina ketika zaman pemerintahan umno & bn yang mana telah boleh digunakan pada tahun 2008 dan semenjak jalan raya tersebut siap dibina kerosakan pada jalan tersebut jelas kelihatan.
Namun akan tetapi yang menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan pengguna yang sering mengunakan jalan tersebut bagaimana jalan yang rosak teruk dan merbahaya serta boleh mengundang kecelakaan jalan raya seperti kemalanggan boleh dibiarkan oleh pemerintahan umno & bn tanpa DIAMBIK TINDAKAN kepada pihak pemaju, walaupun pada satu ketika sudah diarahkan oleh PAC Selangor.
Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei , YB Dr Siti Mariah Mahmud dan En Azmizam Damahuri telah menganjurkan satu sidang media serta lawatan ke lokasi jalan raya tersebut yang bertujuan untuk memdedahkan perkara yang sebenarnya berlaku kerana rakyat berhak untuk tahu bagaimana jalan raya yang dibina dengan kos yang mencecah sehingga RM23 juta boleh rosak teruk dan mengapa kerajaan yang terdahulu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak pemaju.
YB Shuhaimi ketika sidang media memaklumkan kepada pihak media serta penduduk setempat yang hadir tujuan perjumpaan pada hari tersebut bukan bertujuan untuk mencari kesalahan dan kelemahan umno & bn ketika memerintah namun akan tetapi ia hanyalah sekadar memdedahkan perkara yang sebenarnya kerana kerajaan negeri yang memerintah sekarang tidak wajar disalahkan namun akan kerajaan terdahulu iaitu umno & bn yang harus bertanggungjawap di atas segala permasalah dan kerosakkan pada jalan raya tersebut kerana ketika itu umno & bn yang memerintah negeri selangor.
YB Shuhaimi sedang mempengerusikan mesyuarat
YB Shuhaimi sedang menerangkan kepada pihak media
YB Shuhaimi ditemubual oleh pemberita Bernama dan TV Selangor
'Lihatlah keadaannya'...
"semakin mendap dan terhakis....."
Sampai bila?
Sekretariat Dun Sri Muda
No comments:
Post a Comment